2/23/2009

Miskin Tegar. Apa Cerita Saudara Lim Guan Eng?


DAP Pulau Pinang pada Pilihanraya Mac lepas telah mensasarkan untuk menghapuskan miskin tegar dalam tempoh setahun jika berjaya menawan Pulau Pinang. Ini merupakan di antara janji DAP kepada para pengundi di negeri itu.

Kini, tinggal beberapa minggu sahaja lagi maka genaplah setahun DAP memerintah negeri Pulau Pinang. Janji mereka terhadap rakyat untuk menghapuskan miskin tegar gagal untuk dilaksanakan.

"Masalah yang timbul adalah kesukaran untuk membuka akaun Amanah." Itu di antara alasan yang diberikan Ketua Menterinya, Saudara Lim Guan Eng.

Nampaknya janji yang sepatutnya dikotakan nampaknya tidak berjaya. Dulu, dikatanya Kerajaan Barisan Nasional lembap, tidak mementingkan rakyat dan bermacam-macam lagi tuduhan yang dilemparkan. Mereka telah menjanjikan bahawa mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Sekarang?


Wahai Pakatan Rakyat. Memang mudah untuk berjanji, tetapi untuk mengotakan janji, ia tidak mudah. Jangan begitu angkuh mengatakan bahawa Pakatan Rakyat yang terbaik untuk rakyat dan menuduh Barisan Nasional seolah-olah anti rakyat, tidak mengambil tahu masalah rakyat. Sekarang sudah terkena batang hidung. Bagaimana? Mana Amar Ma'aruf Nahi Mungkar? Kalau nak laksanakan Amar Ma'aruf Nahi Mungkar kena laksanakan Hukum Hudud? Oppss,nanti melenting pula DAP.


Miskin tegar di Pulau Pinang,sudah tentu tumpuan pada orang Melayu Pulau Pinang. Mengapa masalah ini sukar diatasi. Bukan hendak menimbulkan isu perkauman, tetapi ini realitinya. Mengapa? DAP kata parti itu tidak membeza-bezakan kaum di Malaysia. Tetapi mengapa masalah ini masih berlaku?


Wahai Pakatan Rakyat,jangan sekadar menuduh dan menghentam kerajaan. Jaga negeri anda. Jangan sampai ada di kalangan wakil rakyat anda lompat ke BN kerana tidak tahan dengan parti komponen 'haram' kamu.

7 ulasan:

torashah berkata...

Assalamualaikum buat saudara dan para sahabat kami di UMNO Cawangan Gombak Selatan.

Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Demi Bangsa, Ugama dan Negara sama-sama kita berjuang dan mempertahankannya. InsyaAllah.

Hidup UMNO.Dulu,Kini,Dan Selamanya .

Salam perjuangan dari kami,
* UMNO Cawangan Bandar Puncak Alam,
Selangor. Darul Ehsan.
* UMNO Cawangan Kg.Serdang,
Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.

PEMUDA PARIT berkata...

Assalamualaikum,
Terima kasih dari PEMUDA UMNO Bahagian Parit, Perak. Semoga perjuangan kita sentiasa diteruskan untuk parti keramat ini. Salam perjuangan.

-PEMUDA UMNO PARIT-

saya berkata...

Terima kasih saudara. Kami dari permatangpauh2u.com akan meletakkan juga link blog UMNO Cawangan Gombak Selatan di blog permatangpauh2u.com sebagai tanda sokongan dan permuafakatan.

Wassalam.

umnoparoijaya berkata...

Salam perjuangan dari Umno Taman Paroi Jaya, syabas dan tahniah buat Umno Gombak Selatan

teruskan lah perjuangan untuk orang Melayu, yang silap kita betulkan yang betul kita perbaikkan

Jika PKR terus memerintah Malaysia dan orang Melayu akan hancur

cekodokmasin berkata...

salam tuan,
Cakap kalau tak kena bayar @ cukai, memang gitulah. kalau gagal, semua nak dikambinghitamkan. Setakat masalah buka akaun, apa le beratnya...
Salam perjuangan dari
UMNO Cawagan Kg, Bintang, Bahagian Parit Sulong, Johor...

Mohamadazhan.com berkata...

penang ngeri paling kurang miskin tegar. saudara kna tau statistik bukan bercerita cm pak pandir ja.

setakat naik lotus, pimimpin umno lagi mewah, berlambak2 kereta kat rumah.

yang miskin tegar sekrang negeri2 di bawah umno. tgk negeri sendiri dlu sebelum tgk orang lain.

Mohamadazhan.com berkata...

nak kena dapat kelulusan dulu ka komen.hehe xpalah.salam perjuangan dari sahabat