2/27/2009

Pergerakan Pemuda Parti Gerakan Kedah Pertahan Sultan - Raja Untuk Semua Kaum


Ucapan tahniah dan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda Parti Gerakan Kedah yang mempertahankan kedaulatan Raja Melayu (merujuk Sultan Kedah). Kelantangan Pemuda Gerakan mempertahankan Sultan Kedah yang dihina oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah membuktikan bahawa Raja-Raja Melayu bukan sahaja diterima oleh orang Melayu, malah Cina dan India serta kaum-kaum lain.

Malah, Pemuda Parti Gerakan mendesak agar tindakan diambil ke atas mana-mana individu yang menghina Sultan Kedah agar diambil tindakan sewajarnya.

Di harap Parti Gerakan Rakyat Malaysia meneruskan kerjasama di bawah komponen BN dan sebarang masalah dapat dirujuk dan dibincang dengan baik dengan parti-parti komponen lain.

Terima Kasih dan Syabas Pemuda Parti Gerakan Kedah.

Sumber : Buletin Utama TV3

8 ulasan:

PaKMie berkata...

Salam perjuangan...

Target utama PR spt yg kita dpt lihat hari ini, pertamanya menghentam raja-raja melayu kedua menghentam kaum melayu dalam Umno(Pemuda).

Supaya menimbulkan api kemarahan - PR setelah gagal plan 916 mereka ubah strategi menghuruharakan kerajaan pulak.

Slmt berjuang demi Islam,bangsa dan Tanah air kita.

Asalamualaikum...tq kerana juga melayari blog pakmie.

Yusof berkata...

Saya rasa Ketua Pemuda Gerakan Kedah.....kalau tak silap namanya Tan Keng Liang, berani and tepat pandangannya. Sultan ialah raja untuk semua rakyat Malaysia...dan bukan kaum Melayu sahaja. Syabas Tan.

Nizam S berkata...

Tahniah! Laman blog yang cukup kemas dan menarik untuk dilayari..teruskan usaha anda. http://umnobatu4.blogspot.com

Firdaus - UMNO Kedah berkata...

Syabas Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.
Hidup Ketua Pemuda Gerakan Kedah!!!!

Nizam berkata...

Usaha Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang perlu dicontohi oleh semua komponen Barisan Nasional. Tahniah

jebbat berkata...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Ya saudaraku...
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan UMNO adalah perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.Kita memelihara ketiga-tiga aspek ini.

Semoga UMNO terus utuh dan buat UMNO Gombak Selatan, teruskan perjuangan.

Kamarul Johor berkata...

Syabas Pemuda Parti Gerakan Kedah!!! Barisan Nasional perlu memperjuangan maruah raja dan bangsa!