3/11/2009

Kerajaan tidak pertikai keikhlasan GMP - Hishamuddin

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan tidak pernah mempertikaikan keikhlasan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) yang membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Justify Full
"Kita juga ingin perjuangkan dan perkasakan bahasa kebangsaan, (tapi) bila ia dibawa ke tepi jalan, dipolitikkan, itu akan mengeruhkan keadaan," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 di Dewan Rakyat hari ini.

PAKATAN RAKYAT PERJUANG BAHASA KEBANGSAAN ??

Sabtu lalu, satu perhimpunan yang asalnya bertujuan bagi GMP menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan yang turut disertai pemimpin pembangkang termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjadi kecoh setelah penyokong gerakan itu berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis, lapor Bernama.

Mengulas kenyataan Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad semalam yang menafikan bahawa mereka didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam isu bantahan itu, Hishammuddin berkata beliau sentiasa menerima sebarang pandangan dan cadangan daripada mereka.

"Janganlah kita benarkan apa yang berlaku pada dua hari lepas kerana ia jelas ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan," katanya.

Hishammuddin berkata bahawa apa yang penting dalam membuat keputusan berhubung PPSMI ialah kemampuan di sekolah rendah, sekolah luar bandar dan kemampuan guru-guru.

6 ulasan:

UMNO CAWANGAN HALAMAN PENGKALAN SENTOSA,PERAK berkata...

Terima kasih kepada UMNO cawangan Gombak Selatan atas ucapan tahniah diatas perasmian UMNO Cawangan HAlaman Pengkalan Barat,Ipoh,Perak.Moga kita berjuang untuk melayu dan demi melayu!moga tiada lagi melayu pengkhianat spt Nizar dibumi Malaysia ini!

LEKLOOK berkata...

Terima kasih kerana menjadi 'follower' saya. Perjuangan perlu diteruskan. Jumpa di PWTC.

Aku berkata...

salam saudaraku ,

Inshallah sama ama kita pertahankan negara malaysia dari di robek oleh pengkhianat agama bangsa dan negara.

disamping tu sempena bulan da'wah yang di jalankan oleh kerajaan di Malaysia, aku mengambil kesempatan ini untuk melancarkan kempen cintai hijab atau tudung bagi wanita2 dan lelaki2 muslim di Malaysia.

ada sedikit penerangan mengenai kempen cintai hijab di blog aku dan sesiapa yang sudi menyertai kempen ini atas nama kesatuan ummah Muhammad SAW jemputlah ke;

http://aku313.blogspot.com/2009/03/kempen-cintai-hijab.html

kempen cintai Hijab bertujuan untuk mengajar ke arah martabatkan hijab di malaysia secara berhikmah dan lembut terhadap wanita muslimah kita dan bukan dengan mencerca dan memaki mereka yang masih belum kenal erti Hijab.