3/27/2009

Menangi Hati Rakyat Macam Pikat Bakal Isteri - Ucapan Perwakilan Wilayah, Datuk Shafei Abdullah

Wakil Wilayah Persekutuan mencadangkan Umno menggunakan cara seorang lelaki yang ingin memikat bakal isteri dalam usaha untuk memenangi semula keyakinan rakyat.

Ciri-ciri sentiasa mendampingi, mendekati, mengetahui minat dan mempamerkan sikap penyayang wajar digunakan oleh Umno, kata Datuk Shafei Abdullah.

"Bayangkan bagaimana kita nak memikat isteri kita sebelum kita kahwin dulu, kita tengok apa yang dia minat, kemudian kita akan menunjukkan bahawa kita penyayang, selalu berdamping...mendekati orang yang kita minati ini.


"Ini adalah asas macam mana kita harus mendekati rakyat," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno di sini, Jumaat.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju ini juga berkata parti itu mempunyai cabaran yang besar dalam memenangi hati tiga golongan rakyat iaitu pengundi Melayu di bandar, golongan muda dan kaum Cina dan India.

"Ketiga-tiga golongan ini sudah mula kurang kepercayaan kepada kita dan apabila kita lemah kita lihat ramai orang Melayu dah mula bimbang dan kemungkinan besar kalau kita tak bersemangat semula mungkin Melayu dah takkan berani gantung bendera Umno," katanya.



Oleh itu, Shafei berkata pelbagai program yang tertumpu kepada segenap lapisan masyarakat harus diperbanyakkan bagi menangkis pandangan masyarakat kampung bahawa Umno adalah untuk golongan elit sahaja.

"Kita mesti merakyatkan Umno, kita tak boleh macam dulu kalau nak buat program tak peduli langsung rakyat bawahan. Sepatutnya program kita bukan hanya tertumpu kepada ahli cawangan tetapi harus tertumpu kepada seluruh masyarakat dalam cawangan itu.

"Perkara yang paling mudah, kalau di kampung pengaruhnya bermula di surau dan masjid, ajak ahli Umno buat program di surau...kalau tak dapat pergi hari-hari mungkin kita boleh pergi seminggu sekali," katanya.

1 ulasan:

TULIS ONLINE berkata...

Salam Blogger,

TERIMA KASIH atas kesudian UMNO Cawangan Gombak Selatan kerana sudi memasukkan link blog saya di sini.

Teruskan usaha anda untuk memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara.

Bagi pihak orang muda, saya akan senantiasa menonjolkan apa jua kehendak dan pendapat daripada golongan muda melalui blog saya.

Teruskan perjuangan.



Ikhlas,


Sarfarizmal Md Saad
Timbalan Presiden
PMUKM Sesi 2008/2009