3/04/2009

Pakatan Perak bersidang di bawah pokok - Bak kata P.Ramlee Kerajaan Pasir Dua Butir

Nampaknya drama Pakatan di negeri Perak semakin menjadi-jadi. Pelik tapi benar. Sidang DUN Pembangkang Perak diadakan di bawah pokok. Heh?

Tak mengapalah, bagi mereka, di mana-mana sahaja boleh. Asalkan, kerajaan BN ditumbangkan semula. Terdesak sampai buat bawah pokok.

Bagi yang anda yang mengikuti perkembangan ini, tepuk dada, tanya selera. Jangan pula tiba-tiba muncul kerajaan baru, Kerajaan Pasir Dua Butir...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itula pasal... tetapi kata anwar ibrahim mesyuarat itu sah sebab ada agenda....

hahahaha... itu je reasonnya.... memangla ada agenda....kalau tak nak meeting apa...ingat meeting kenduri kawin yg selalu ahli keluargabuat ke... atau meeting fan club...

common la... ini mmeting demi negeri... bukan calang2 meeting ..kena lah proper.... bukan main angkat tgn aje... ingat meeting PIBG ke...kalau AGM yg company2 selalu buat pun walau pun angkat tgn juga tetapi proper....

MAT SIRAT berkata...

Salam Suratan Tersirat,

PR adalah singkatan kepada Pakatan Rakyat, sesingkat pemikiran pembangkang yang menyalahgunakan sentimen biarlah rakyat yang menentukan kerajaan yang dikatakan serba tidak stabil ini melalui pilihanraya DUN ekoran dari pembubaran DUN.

Isu bermesyuarat di bawah pokok telah diperkenalkan oleh seniman agung P. Ramlee lebih 30 tahun yang silam.

Suratan atau kebetulan, singkatan kepada P. Ramlee adalah juga PR!

Pro-JJ berkata...

Pemuda UMNO dituduh mengugut dengan peluru dan dibilang ‘celaka’.

Mana-mana Pemuda, kiranya bertembung dengan Karpal, pasti menuntut kenapa tanpa soal-siasat, di Dewan Rakyat di mana semua sebutan dirakam dalam “Hansard”, Pemuda UMNO dituduh bukan-bukan dan digelarnya ‘celaka’.

Mungkinkah ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata? Ada. KP2 UMNO Selangor yang berdepan Karpal hari itu MEMOHON penjelasan dengan hormat kepada Karpal sebagai orang tua & Pengerusi DAP.

Namun KP2 ini kini dicela. Tidak lagi. Kita pertahankan nama baik kawan2 di Selangor melalui http://www.thoughtsintangents.blogspot.com dan http://www.lattsharizan.com.

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Ini cerita laksamana Do Re Mi, cerita labu - labi dah sudah ( ala pasal nak tubuh k'jaan 916)...lepas nie apa lak cerita diorang nak mengarah eemmm..entahlah...madu tiga pun dah sudah (yg pakat2 tu..PR)..

mmg diorang nie hidup dengan isu yang tiada kesudahan...meeting bwh pokok..buek malu jooo...kalu buek kt rumah ehh ok gak...siap sepanduk tulis the world is watching...kami tak faham...mmg tak faham..

kepimpinan melalui teladan...bak kata pepatah, 'guru kencing berdiri murid kencing berlari'..jgn salahkan generasi akan datang kalau mereka ini bertindak melulu...