3/08/2009

Perhimpunan Aman PPSMI : Dari Perhimpunan menjadi Demonstari Jalanan anjuran PAS dan PKR


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, percaya kekecohan yang berlaku pada perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sini semalam disebabkan ada campur tangan parti politik.

Beliau kesal kerana penyokong Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) berdegil dan mengingkari arahan polis, menyebabkan tindakan tegas terpaksa diambil.

Berikutan itu, polis menahan lapan lelaki manakala 119 lagi diperiksa kerana bertindak agresif serta menyertai perhimpunan haram dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 dan Seksyen 341/353 Kanun Keseksaan.


"Saya percaya kejadian ini (pertembungan antara penyokong GMP dan polis) didalangi parti politik tertentu.

"Mereka (GMP) berjanji untuk hanya berkumpul di perkarangan Masjid Negara dan tidak mengadakan demonstrasi atau perarakan, namun jelas mereka tidak menepati janji yang dipersetujui," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Polis sebelum ini memberi kebenaran kepada kumpulan itu berkumpul secara aman di perkarangan Masjid Negara dengan hanya tujuh wakil termasuk Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dibenarkan menghantar memorandum ke Istana Negara.

Namun keadaan bertukar kecoh dan menjadi tegang selepas penyokong GMP mula berarak mengiringi wakil gerakan itu menghantar memorandum bantahan ke Istana Negara, walaupun dihalang pasukan polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Tinjauan mendapati antara yang menyertai perarakan itu ialah sekumpulan pemuda memakai pakaian Unit Amal Malaysia daripada Pas.

Difahamkan, beberapa pemimpin pembangkang turut kelihatan termasuk Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Memorandum bantahan itu antara lain menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong yang PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 adalah satu keputusan yang silap dan perlu dikembalikan kepada bahasa ibunda.

Berita Harian, 8 Mac 2009

1 ulasan:

cekodokmasin berkata...

Salam tuan,
Dalam demontrasi membantah PPSMI itu semalam ...
Amat malang apabila janji untuk tidak memakai apa2 lambang parti politik dimungkiri.
Amat malang apabila janji Sasterawan Negara untuk berkumpul hanya di masjid Negara dilanggari.
Amat malang apabila niat murni Sasterawan Negara berlima sahabat untuk menyampaikan memorandum kepada YDP Agong dicabuli oleh puak2 penyokong parti politik.
Amat malang apabila orang2 Cina dan India hanya jadi pemerhati sedangkan merekalah yang kuat menentang PPSMI.
Amat malang apabila bantahan hanya berlaku setelah enam tahun PPSMI berjalan.
Amat malang kerana pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung dalam PPSMI tidak membatah sedangkan merekalah yang terlibat secara langsung.
Amat malang kepada guru2 yang selama ini bertungkus lumus mengajar dalam bahasa Inggeris tetapi dinafikan kebolehannya kerana kepentingan parti2 politk meraih populariti.
Amat malang apabila mereka yang tidak mengetahu tujuan serta perancangan yang telah, sedang dan kan dibuat oleh Kementerian Pelajaran terhadap isu PPSMI turut sama mengambil kesempatan.
Amat malang apabila ada penyokong2 parti politik yang berdemontarsi semata2 kerana diajak rakan padahal mereka tidak tahu butir2 yang berlaku.
Amat malang apabila hak pelajar-pelajar untuk belajar dalam apa-apa juga bahasa dinafikan oleh golongan yang berfikiran sempit.