3/30/2009

PRK Bukit Selambau - PKR Bahagian Jerai dibubarkan, 500 Ahli bahagian keluar parti

PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan, lapor Bernama.

Kalaivanar kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau yang bermula semalam.

Beliau berkata tindakan keluar secara beramai-ramai itu kerana
mereka telah hilang kepercayaan terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah berkata kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen menentang calon PKR pada pilihanraya itu.


Pilihanraya kecil pada 7 April itu menyaksikan pertandingan antara calon muka baru PKR S Manikumar, calon BN Datuk S Ganesan bersama 13 calon bebas.

Pada 20 Mac lalu, sewaktu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya itu, sekumpulan kecil ahli dari bahagian Merbok menyuarakan bantahannya.

Mereka dipercayai menyokong K Masilamani yang disenaraipendek untuk berdiri atas tiket PKR.

Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang.

4 ulasan:

Silam UMNOBhg Batu berkata...

Keluar? Bagus la.. Pemimpin PKR xkan lama bertahan dlm parti anwar ini..

Mereka sudah kenal siapa Anawar sbnrnye...

Wahai penyokong PKR, sedarlah, Anwar tak seperti yg kamu sangka...

Tanpa Nama berkata...

Itulah dia...kalau tak ikhlas dalam perjuangan.

Taksub dengan janji mimpi yang tak sudah...

Bangun la woi! Lombu tak bagi makan laie...

Tanpa Nama berkata...

Lagi ramai orang macam Kalai, Zamel meninggalkan PKR, lagi bagus untuk PKR dan penyokong-penyokongnya yang sudah sememangnya tidak berminat dengan politikus talibarut pacat macam depa tu. Mereka memang layak bersama orang-orang amenob'end yang sehati sejiwa dengan mereka. Lagi pun kami tak kebuloq orang macam Kalaivanar yang bergaya, macamlah dia tu pelakon filem Tamil, sikit pun tak dak gaya pemimpin politik. Boleh blah daa, poodah dai ettapen, pyer-asaie.

Tanpa Nama berkata...

aik...marah ker bang...laaa..ingatkan SEKELUARGA...yenna thambi..yenna akak...

mmg...mmg macam filem tamil...kowgkan pelakon tambahan...

BARISAN NASIONAL!BARISAN NASIONAL ALL THE WAY!!!