3/30/2009

PRK Bukit Gantang - Nasihat Nik Aziz diketepi,PAS Perak dengar nasihat DAP?



Menteri Besar PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah membantah dan tidak bersetuju pencalonan Nizar sebagai wakil PAS untuk bertanding di Bukit Gantang. Namun, nasihat Tok Guru mereka ini tidak diendahkan.

Apakah disebabkan desakan DAP untuk meletakkan Nizar sebagai calon Bukit Gantang antara faktor pendorong?




Apakah selepas ini segala nasihat dan teguran dari De Facto PAS, Nik Aziz akan diendahkan oleh PAS?

Siapakah sebenarnya yang memimpin PAS di Perak? DAP?

DAP sebenarnya khuatir jika PAS meletakkan calon dari kalangan tokoh agama atau golongan Ulamak, kerana DAP tidak mahu sebarang usaha untuk mengislamkan Pakatan Rakyat di Perak.


PAS.... suara mereka untuk melaksanakan dasar Islam di Perak semakin terhad dan terhakis kerana DAP akan memastikan dasar Islam tidak akan dilaksanakan di Perak. Apa-apa bentuk perundangan atau aktiviti yang terlalu mendekati dasar Islamiah akan ditentang DAP.

Sampai begitu sekali.... Sehinggakan peranan Nik Aziz dipinggirkan.. Buktinya :-

  1. Nik Aziz pernah menyarankan agar Mat Sabu diletakkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu tetapi tidak diendahkan PAS Terengganu pimpinan Mustafa Ali dan Hadi Awang.
  2. Nik Aziz begitu marah dengan cadangan Hadi Awang yang menyarankan agar PAS bekerjasama dan membuat kerajaan campuran bersama BN tetapi Hadi Awang tetap dengan pendiriannya disokong Dewan Pemuda PAS Pusat.
  3. Nik Aziz tidak bersetuju dengan pencalonan Nizar sebagai wakil PAS bagi Parlimen Bukit Gantang kerana beliau telah memegang portfolio DUN, namun PAS tetap berdegil.
PAS seolah-olah tidak lagi mendengar suara dan pandangan Nik Aziz. Di Perak, PAS lebih mendengar nasihat DAP yang memegang majoriti DUN di Perak. DAP yang terang-terangan memperjuangkan pemerintahan sekular namun PAS Perak menganggap kerjasama ini adalah baik untuk kemenangan di Perak.

Nampaknya perjuangan PAS semakin terpesong. Jika kemenangan Bukit Gantang adalah milik PAS, kemenangan ini bukan kemenangan Islam, tetapi sebagai batu loncatan untuk DAP memperkuatkan jentera sekularnya.

BN di bawah pimpinan UMNO telah meletakkan Islam dan Melayu sebagai asas perjuangan di samping tidak meminggirkan agama dan bangsa lain. Ini telah dipersetujui bersama semua parti komponen BN. Kerjasama yang utuh ini terbukti sekian lama. Walaupun terdapat beberapa krisis namun BN dapat menyelesaikannya.

Krisis perjuangan PAS dan DAP sehingga kini tidak selesai. Bagaimana mereka dapat bekerjasama dengan baik? Bagaimana mereka hendak membela rakyat Malaysia melalui konsep dan dasar yang berbeza? Sampai bilakan mereka mampu bertahan? Fikir-fikirkanlah...

Pilih parti yang mampu membela anda dulu, kini dan selamanya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini cerita lama. orang kl ketingalan keretapi. tuan guru telah merestui pemilihan nizar. anda boleh lihat sendiri sokongan rakyat berbilang kaum terhadap nizar, sepatutnya yang tinggal dibandar besar fikiran mereka lebih matang! menggunakan nama raja dan mufti untuk menghalalkan rampasan kuasa tidak akan mempengaruhi pengundi, sedarlah!

yobleh.

Tanpa Nama berkata...

UMNO parti yang membela anda....Kunun!
Membela kantung pemimpin korup betullah. Kalau Khir Toyol dengan Balkis dan hadiahnya, Najib dengan komisyen kapal selamnya dan banyak lagi lah. Penat kome nak tulihnye..

Jentayu berkata...

Wahai perompak-penyamun rakyat sekelian, kamu jangan nak cuba-cuba kelentong, membatu apikan rakyat dengan cerita-cerita bodoh kamu itu; Siapa kata TG Nik Aziz, tidak merestui pencalonan YAB Ir Hj Nizar Jamaludin di Parlimen Bukit Gantang??????. Jangan nak terus memperbodohkan Rakyat, taktik jahat kamu sudah ketinggalan zaman, sudah pun lusuh. Tiada kami termakan hasutan kamu, kami tetap bersama pimpinan PASsssssssssssss. Tidakkah kamu lihat bagaimana rakyat berbagai kaum dan bangsa bersatu di bawah Pakatan Rakyat???. Bagi rakyat adalah PAKATAN RAKYAT, bagi suku sakat PENYAMUN adalah Be'end.

Tanpa Nama berkata...

Hangpa tidak pernah mahu sedaq, orang Bukit Gantang faham sangat dah!!! Cuba pikiaq punya pikiaq, sampai mufti pun hangpa ajak bersandiwara. hangpa nanti kami nak ajaqqqqqqqqqqqqq.

Shah Taiping berkata...

Marah Penyokong PAS bila diusik sekit pasal Nik Aziz.

Hello. memang sudah terang2 pemimpin PAS xdgr ckp nik aziz. Sampi nik aziz terpaksa akur dgn keputusan tersebut.. Sian Nik Aziz

Mcm kes Karpal Singh dgn DAP la... DAP skrg xnak dgr ckp dia. Dgr ckp Si Anwar tu...

PAS xdgr ckp Nik Aziz,
DAP xdgr ckp Karpal,
Anwar yang jadi Ketua mereka...

Perjuangan Islam semakin terhakis, dek kerana DAP xsetuju...

PAS terima ckp DAP, walaupun Nik Aziz xsenang hati...

Barisan Nasional tetap di hati,
Takkan kubiar PAS menang lagi.

Shamila berkata...

Marah, mmg marah... Tok Guru dorg kan? Tapi sayang, Tok Guru bg pandangan, dorg xnak dgr... Tok Guru PAS Perak skrg DAP dan Anwar...

PAS, perjungan anda sudah lari skrg.. Mana laungan Islam kamu. Nak menang PRK, tapi bukan utk pertahan Islam, pertahan DAP tu.. terang2 xsuka suka pemerintahan Islam..

Tapi xpe, anwar kate 16 September, sumer 'cair'.... 16 sept., thn bile xtau...

Kalsom berkata...

Biarkanlah mereka.. Insyaallah, kebenaran akan terserlah.. kita buat kerja kita..

Sang Penderhaka Sultan dan Mufti ni xkemana.. Doalah kita menang PRK Bukit Gantang

SulaimanTaiping berkata...

Nizar Oh Nizar,

Nik Aziz kate jgn, PAS kate yerr.. Nik Aziz pun yerrr lan je la..

Anwar xturun PRK, Tgh pasang strategi la tu...

Ke, nak celebrate kt Turki dulu sbb sahabat dia, Erdagon menang pilihanraya tipis.. Anwar pun simpan angan2..

16 Sept... smpai ke hajat di hati?

Tanpa Nama berkata...

sekejap lagi bacalah komen diowg pasal hal nie..aku gerenti punye...diowg nie kan macam baguslah..takleh usik langsung...maksum semuanya...pemimpin mereka semuanya bersih...yeah right!...kalau ini cerita UMNO ke BN ke..fuyoohhh...kalah mami jarum jaja cerita...mintak2 sape2 kat luar tu buat cerita pasal diowg nie sume...penyampai berita cepat dari pengumpat yg ada...nik aziz bagi restu pun sebab terpaksa...mmg sudah hilang identiti PAS itu sendiri...perjuangan kena 'PAS'sing passing...kan seperti slogan diowg dulu...KITA SEMUA SEKELUARGA'..

Barisan Nasional! Barisan Nasional! Barisan Nasional!

Alahai kome berkata...

masalahnyer yg nyokong tu owg situ ke owg luar...nizar sendiri bukan anak jati situ...PRU dulu diowg main isu anak jati..anak tempatan..nizar tu...anak tempatan Bukit GAntang...anak tempayan namanya...

Lantaklah diowg...yang penting jentera BN jangan leka dan lalai...jalankan tugas anda!...pastikan BN menang!...

Tanpa Nama berkata...

Sebok mengata orang, tidak sedarkah kamu, Tok guru UMNOBN, TDM yang telah pun keluar dari keahlian UMNO?????????. Presiden sendiri pun, kamu nyahkan. Malulah sikit, sebok dengan hal rumah tangga orang, rumah tangga sendiri kucar kacir, tunggu masa nak musnah, lupus seperti sang gedembai.

Tanpa Nama berkata...

Tak lama lagi Tun M kembali kepada UMNO. Dia nak datang kempen ke Bukit Gantang. Mari puak2 PAS datang dengar kempen BN.