Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyampaikan ucapan dasar beliau yang terakhir. Beliau menyeru kepada semua ahli UMNO agar berikrar menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya menghargai sokongan Datuk Seri Najib kepada saya atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri; membawa ingatan nostalgia saya kepada bimbingan dan kepercayaan yang pernah diberikan kepada saya oleh ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak sejak tahun 1969 apabila saya bertugas di urusetia MAGERAN,” tambahnya.
Abdullah dalam ucapannya juga menjelaskan, keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO adalah bertujuan untuk menunjukkan teladan bagi memberikan laluan kepada pemimpin yang lebih muda walaupun ada yang memintanya untuk terus mempertahankan jawatan itu.
Abdullah turut mengambil kesempatan dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana melantik beliau sebagai Timbalan Perdan Menteri dan akhirnya memberikan laluan untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri.
Mengakhiri ucapannya Abdullah melafazkan “Semoga pimpinan dan masa hadapan UMNO, begitu juga warga dan negara Malaysia terus berada di tangan mereka yang ikhlas dan barang dijauhkan UMNO dan negara jatuh ke tangan orang-orang yang akan membawa kerosakan. Semoga usaha kita mendapat keredhaan Ilahi”.
1 ulasan:
Salam Pejuangan Buat Najib...
UMNO kembali garang.. Bersedialah wahai Pakatan.. Anda tidak boleh membuli UMNO lagi...
Anda blh menunjuk taring anda di era Pak Lah.. Tapi bukan di era Najib..
Pak Lah, jasamu dikenang..
Najib, anda harapan kami
Catat Ulasan