4/20/2009

BUDAYA LETAK JAWATAN ADUN - Rakyat Dipermainkan Oleh PKR


Perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri sekarang menjadi satu budaya yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Bermula dengan perletakan jawatan ADUN Bukit Selambau diikuti dengan ADUN Penanti. Kedua-duanya diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Apabila dikatakan perletakan jawatan ini berkenaan dengan isu moral, pemimpin PKR terus melenting lantas menyalahkan BN sebagai punca segalanya. Belum sempat kes ini dibawa ke mahkamah, mereka terus meletak jawatan dan portfolio mereka. Ada yang sehingga nyaris-nyaris hendak melarikan diri ke Singapura tetapi sempat dicekup oleh SPRM (merujuk bekas ADUN Penanti).

Apa sebenarnya agenda mereka? Apakah berlaku pergelutan sesama mereka, budaya menjatuhkan rakan mereka sendiri? Dahulu dikatakan kami dari UMNO tidak bersatu, suka menjatauhkan orang lain demi kepentingan peribadi. Mereka mengatakan bahawa mereka bersatu hati, semangat keadilan untuk rakyat bla bla bla...


Budaya meletak jawatan ADUN sebenarnya bukan satu budaya yang sihat. ADUN telah diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kawasan mereka. ADUN telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan atau Yang Di Pertua Negeri, bersumpah untuk memelihara kepentingan rakyat. Tapi kini, ianya dijadikan mainan politik sesama mereka. Yang menjadi mangsa, wang rakyat. Belanja yang besar hasil wang rakyat terpaksa dikeluarkan untuk menampung pilihanraya kecil. Inikan satu pembaziran?


Bila dikatakan soal pembaziran, De Facto mereka, Anwar Ibrahim mengatakan politik wang yang menjadi budaya UMNO lebih membazir. Habis tu, Fairus letak jawatan sebagai ADUN dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 disebabkan tuduhan apa? Rasuah... Bukan Politik Wang sahaja, penyelewengan syarikat kuari. Wow... Tuduh UMNO bukan-bukan, terkena dekat pemimpin kamu. Kemudian UMNO juga disalahkan kerana memfitnah mereka. Salah sendiri, tak mengaku, UMNO pula dituduh punca masalah mereka.


Sebenarnya, mereka sendiri sedang bergelut politik sesama mereka. Strategi menjatuhkan Fairus sudah lama dirancang kerana beliau seorang pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri, sombong dan tidak turun padang. Anwar Ibrahim sendiri pernah menegur beliau. Tapi, semua ini dikatakan satu fitnah dari UMNO. Nampaknya selepas ini budaya letak jawatan Wakil Rakyat dari PKR akan menjadi satu strategi penting bagi menguatkan parti mereka. Berapa ramai agaknya Wakil Rakyat mereka akan letak jawatan selepas ini. Yang peliknya, fokus diberikan di kawasa kubu kuat mereka sahaja.


Kenapa pula ADUN Bukit Lenjan tidak dibenarkan letak jawatan? Jawapan mereka, demi kepentingan rakyat. Habis tu, di kawasan DUN Bukit Selambau dan DUN Penanti tidak ada rakyat ke?


Sekurang-kurangnya masalah dihadapi UMNO di Terengganu diselesaikan sendiri tanpa perlu menuduh PAS atau PKR. Kami hadapinya dan selesaikannya tanpa menuduh orang yang luar dari UMNO.

Tidak seperti PKR.. Apabila berlaku tuduhan rasuah dan korupsi, disalahkan pula UMNO kerana memfitnah mereka. Walhal siasatan belum lagi dijalankan.

Setiap parti politik akan menghadapi kemelut dan masalah. Apa yang penting, hadapi masalah tersebut dan selesaikannya tanpa menuding jari orang lain. Ini masalah 'keluarga'. Sepertimana yang berlaku di Terengganu, UMNO berdepan dengan kemelut, tetapi tidak menyalahkan PAS sebagai punca masalah ini.


Sedarlah PKR, kamu bukan sebuah parti yang sempurna. Janganlah kamu riak dan takbur mengatakan PKR sebuah parti yang bersih, bersatu padu menentang keadilan dan macam-macam lagi. Jika kamu menghadapi masalah, selesaikan sesama kamu dan jangan mengheret UMNO sebagai mangsa kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin kamu sendiri.


Mengenai pilihanraya kecil di DUN Penanti, Perdana Menteri sedang berbincang dengan parti komponen BN yang lain. Apa jua keputusan, UMNO Cawangan Gombak Selatan sentiasa menyokongnya. Yang lebih penting, kepentingan rakyat Malaysia mengatasi segalanya.

8 ulasan:

D'Rimba berkata...

Memudahkan keadilan dijalankan.....Lebih baik dengar cakap ulama dan pejuang bahasa lebih jelas perjuangannya

pemerhati sepi berkata...

Kenyataan dan hujah ni double standard... mengelirukan.. situasi PP dan terengganu lain ker... sama jer.. PP dicabar letak jawatan dah pun letak jawatan.. terengganu pulak dicabar letak jawatan MB pun masih tak letak.. UMNO tengganu pun nampaknya derhaka dengan sultan pasal mbnya pilihan sultan.. bukan pilihan kroni..

Inna berkata...

PKR slama ni slalu tuduh UMNO ni parti yg da pecah belah, korupsi, rasuah..

Last2 tkena batang idung,padan muka.

Isu kt trgnu, insyaallah UMNO dpt selesaikan. Kite xtuduh PKR ke, PAS ke yang menyebabkan masalah kt KT.

Di harap PKR pn dapt selesaikan masalah di PP dgn baik.

Jgn disbbkan masalah kt PP pun nak salahkan UMNO juga.

Syafik berkata...

Double Standard? Bukan slama ni korg dari PKR ke yg Double Standard.

Ckp UMNO ni korupsi la, parti rasuah la..
Korg je yg bagus,bersih

Skrg ni, pe citer? Ello, tis is politic la.. U all nk angkuh2 kt ktrg.. solah2 korang tu bagus sgt..

Ni pun kt kt Penang n Fairus, masih nak salahkan UMNO gk? Sindri bikin problem, sendri settle la..

At least kt trgnu ktrg settle sendri. xde nk tuduh2 PKR ke, PAS ke.

Aku stuju sgt artikel UMNO Gombak Selatan ni. Teruskan perjuangan...

TAAVEEKUN PERAK berkata...

pendedahan kaitan anwar,PKR & CIA . Namun walau pun telah banyak kali pendedahan telah di buat,penyokong totok PR masih in denial ,menolak dan mengatakan fitnah.

Orang Penanti,harus sedar ini lah kelakuan pimpinan agung PR yang harus di tolak,bersekongkol dengan Yahudi CIA,mengadai bangsa & negara.Apa perlunya mendapat bantuan daripada Singapura? ini bukan yang pertama,malah pertemuan sebelum PRU12 turut berlaku di Pulau Pinang,dengan sejumlah besar wang di salurkan oleh CIA & Singapura.

Ashraf berkata...

Pemerhati Sepi bercakap soal kroni dalam UMNO...

Berikut kroni2 dalam PKR dan DAP

PKR
Anwar Ibrahim - De Facto PKR
Wan Azizah - Presiden PKR
Nurul Izzah - AJK AMK

DAP
Lim Kit Siang - Penasihat
Lim Guan Eng - Setiausaha
Karpal Singh - Pengerusi
Gobind Singh - Naib Pengerusi

Ini bukan sekadar kroni, anak beranak.
Bila dikatakan PAKATAN parti anak beranak, melenting, kata perjuangan kami ikhlas. Tidak mengira erti kroni. What?

Inilah Pakatan, tuduh UMNO bukan2, trkena kat batang hidung.

Aku da bosan dengan semua ini. UMNO dan BN sahaja yang mampu memerintah negara kita.

fedup berkata...

asyik owg lain double standard...kowg takde ker...sibuk jaga tepi kain orang...

nak cerita kroni ashraf dah terangkan...senang lagi di rumuskan beginilah...

diorang nie main pakat2...tak percaya tengok pada namanya...PAKATAN RAKYAT..jadi pakat2lah dulu...kemudian...ini yang serius sedikit...

lihat pada perkembangan mereka seolah - olah tiada lagi calon yang brkaliber...contoh cam si nizar tu...adun tempat lain ahli parlimen tempat lain...dengar cerita di calonkan sebagai salah seorang Naib presiden PAS...hhmmmmm...gila kuasa ker apa...tu tak cerita yang lain...jadi mana tak mungkin jika tetiba Anwar meletakkan Kak Wan Jijah jadi Timbalan Menteri 1 PP...ini hanya andaian tapi ada kemungkinan...double standard...ini sudah triple standard!

Jadi tolong jangan menuduh UMNO lagi...pasal T'ganu itu hal UMNo...UMNO akan selesaikan hal ini...tidak melibatkan sesiapa..baik PAS, PKR atau DAP...

Bukankah baik cara UMNO itu...

UMNO...dulu, kini dan selamanya...

Blogger UMNO berkata...

Salam Perjuangan Sahabat.

Terima kasih atas sokongan Tuan khususnya UMNO Cawangan Gombak Selatan pada blog Blogger UMNO M'sia.

Cadangan mengenai penyelarasan blogger-blogger UMNO di M'sia adalah satu cadangan yang baik.

Insyallah mungkin nanti kita dapat duduk semeja berbincang mengenai hal ini bersama blogger yang lain.

Sekian,

HIDUP UMNO !
HIDUP BN !


p/s: blog Tuan juga sudah dilinkkan di blog kami.