4/30/2009

Kemunculan Team Erdogan Mi Celup Semakin Terbukti - TIMB. PEMUDA PAS SOKONG NIK ABDUH


"Kalau mereka ayah saya, rasanya mungkin saya akan 'mengamuk' lebih hebat dari ustaz Nik Abduh."

Itulah reaksi Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan yang menyokong pandangan anak Datuk Nik Abdul Aziz, Nik Abduh mengenai artikel 'Perkara Bodoh Dalam PAS'.


Ustaz Nasrudin Hasan turut mengingatkan mereka yang termakan cili supaya "usahlah rasa resah dan panas tidak semena-mena". Beliau juga menyifatkan tulisan Nik Abduh sebagai reaksi yang "mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan presiden PAS."

Usaha melaga-lagakan itu, tambahnya, antaranya boleh ditemui dalam komentar pelbagai pihak di internet.


"Kalau saudara melayari blog dan laman web (tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya laman web terbabit), nescaya saudara akan ketemui unsur-unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua-dua tok guru ini bukanlah ayah saya.


PAS sejak tahun lalu berdepan pergeseran terbuka para pemimpin atasannya - termasuk antara Nik Aziz dan Abdul Hadi - berhubung beberapa isu penting, antaranya muzakarah dengan Umno dan kerajaan perpaduan dengan BN.


Pergeseran ini memunculkan istilah "kumpulan Erdogan" yang menentang usaha muzakarah dan kerajaan perpaduan dan satu aliran lagi yang pro-Abdul Hadi, yang mendukung kedua-dua idea tersebut.


Sementara itu, Ketua Dewan Ulama' PAS, Mohamed Daud berkata, dewan itu tiada masalah menyokong usaha Kerajaan Perpaduan PAS - UMNO "demi kepentingan Islam di samping usaha melaksanakan lunas-lunas Islam."

Bagaimanapun, beliau menolak tindakan mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung itu kerana ia hanya akan diputuskan dalam muktamar parti itu, Jun nanti.

5 ulasan:

fedup berkata...

Taknak komen banyak2 lagi..ini sudah jelas..

Apa dah jadi Apa dah jadi
sampai sekarang sudah terbukti
apa alasan lagi
Komenlah mari..

cakpong cakpong cakpong...

SUK PU3 berkata...

salam perjuangan dr kami
puteri umno bah seputeh

http://www.puteriseputeh.com/v2

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Terima kasih Puteri Bhg.Seputeh. kami akan link blig kami dengan blog anda.
Di harap kita sama2 akan berjuang untuk kepentingan UMNO dan juga bangsa melayu serta agama dan negara.

Salam Manis Salam Persahabatan
Shamsury Mohd Salleh
Ketua Penerangan
UCGS

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam,

Melayu UMNO berpecah, Melayu PAS pun berpecah, Melayu PKR pun sama. Susah juga Melayu ni nak bersatu.

fedup berkata...

ini adalah gara2 seorang yang betul gila kuasa..sejarah melayu banyak menceritakan tantang pemimpin ini sejak dari zaman k'jaan melaka dahulu..jadi ianya bukanlah suatu yang baru dalam sejarah melayu..

tetapi ini yng penting..di dalam kekalutan ini ada seorang melayu yang bangkit membetulakn segalanya..lagi dalam sejarah kita telah menceritakan..cuma eranya sahaja yang berbeza..masalahnya sama..

formulanya ada dalam lipatan sejarah tetapi kita sekarang sudah mula lupa dan tiadk mahumengkaji sejarah kita kembali..Insya Allah kita akan jumpa jawapannya..percayalah..

Ingat lagi kisah Tun Fatimahyang keluarganya di fitnah sehingga semuanya di bunuh (saya rujuk kepada tulisan artikel blog ini yang lama)..jgn itu berulang kembali..bukan kes bunuh - membunuh tetapi bunuh ketuanan kita di tanah melayu tanah tercinta..

tak kiralah PAS dan UMNO..cari formula itu..saya yakin ada jawapannya..kalau dulu orang melayu berpuak kerana suku dan juga daerah boleh bersatu menentang penjajah dan pengkhianat bangsa kenapa sekarang tidak boleh..

batu besar kapla dalam ada duduk..