4/03/2009

Ketua UMNO Caw. Gombak Selatan - Sambutan Luar Biasa Masyarakat Cina di Taiping

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad yang menyertai kempen di Bukit Gantang semalam (Khamis) mengatakan bahawa sambutan yang diberikan dari masyarakat cina amat memberansangkan dan agak luar biasa.

Majlis Makan Malam anjuran Compugates Holding Sdn Bhd dengan kehadiran pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini membuktikan bahawa masyarakat cina masih lagi menerima BN sebagai wadah perjuangan politik mereka.


"Bukit Gantang merupakan satu wadah pembaharuan di kalangan masyarakat Malaysia termasuklah Melayu, Cina dan India. Kita akan terus memberi penerangan dan menarik semula sokongan terhadap mereka. Saya juga akan mengembalikan semula keyakinan masyarakat Cina di kawasan saya (Jalan Gombak / Cawangan Gombak Selatan) yang kebanyakannya telah berpaling tadah dek kerana janji-janji manis PKR yang memenangi PRU 12 bagi Parlimen Wangsa Maju". Demikian jelas En. Abd. Razak yang juga AJK UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Dengan slogan Perdana Menteri kita, "PM Untuk Semua", di harap kita dapat meneruskan kempen ini dan berjaya menarik sokongan kembali terhadap Barisan Nasional.

HIDUP BN.. HIDUP BN... HIDUP BN.

Tiada ulasan: