4/08/2009

Nizar Disenangi Pengundi Cina - Undi Melayu di Bukit Gantang Bertambah

Bekas Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin nampaknya disenangi pengundi Cina dan India di kawasan Parlimen Bukit Gantang.

90% pengundi bukan Melayu di Bukit Gantang telah memilih Nizar sebagai Ahli Parlimen mereka manakala hampir 80% pengundi Melayu di Bukit Gantang telah memilih calon BN, Ismail Saffian. Namun, ia tidak memberikan harapan kepada BN untuk memenangi pilihanraya kecil di Bukit Gantang pada kali ini.

Sewajarnya MCA dan MIC berbincang bersama-sama komponen-komponen yang lain untuk memikirkan strategi baru yang boleh memenangi hati pengundi bukan Melayu.


Kita tidak pernah meminggirkan masyarakat Cina dan India. Tidak sama sekali. Cuma ceramah-ceramah anjuran DAP dan PKR yang menghasut masyarakat ini dengan mengatakan BN bertindak zalim terhadap mereka di samping memainkan sentimen perkauman memberi pendorong untuk masyarakat ini meminggirkan kita.

MCA dan MIC perlu melakukan transformasi seperti kami di dalam UMNO. Kita mampu berubah. Apa yang perlu hanya kerjasama yang mengembalikan semangat setiakawan di kalangan dan kerja keras kita lebih mantap.

Bukan jawatan TPM bukan Melayu atau pertambahan kerusi kabinet bukan Melayu yang menjadi persoalan kini. Yang lebih penting adalah turun padang, menerangkan kepada mereka bahawa BN sentiasa membela rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Kita tidak pernah meminggirkan masyarakat Cina dan India"
Don't talk cock and live like a katak di bawah tempurung.
Go and ask the millions of malaysian chinese and indian and get the picture for yourself!!

MK IV berkata...

Punca cina memberi undi kepada nizar ialah, kurangnya gerakkerja yang di lakukan oleh MCA dan Gerakan, terutama MCA sudah hilang taring pada kaum cina.

MCA umpama gunting dalam lipatan BN.

Tanpa Nama berkata...

ko ingat rakyat butakah? majority rakyat dipinggirkan ko kata tidak?
HIDUP RAKYAT! cukup dengan politik perkauman yang ketinggalan zaman, skarang kerajaan membela semua rakyat tidak kira bangsa and agama. Malaysia yang bersatu! bukan yg dibelah oleh UMNO

SivaMIC berkata...

MCA, MIC dan Gerakan sewajarnya duduk semeja memikirkan cara proaktif bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN.

Kerjasama BN juga perlu digerakkan secara total dan berterusan. Kempen pilihanraya memerlukan BN bersatu.

Persetankan apa yang pembangkang kata. Mereka sengaja mematahkan semangat setiakawan kita..

Hidup BN....

Kamis Sulong berkata...

UMNO, MCA dan MIC sebagai parti komponen yang bertahan lama di dalam BN perlu duduk semeja dan mnyelesaikan masalah pengundi Cina dan India.

Pengundi Cina dan India yang memilih pembangkang sebenarnya telah termakan dengan dakwaan2 yang dibawa oleh pembangkang yang belum tahu kebenarnya.

BN mampu melakukannya. Kerana BN parti komponen yg bersatu...

HIDUP BN...

Kong Fui Chan berkata...

BN akan bersatu..

UMNO, MCA, MIC dan komponen yang lain perlu sama2 berkempen bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terutamanya pengundi Cina dan India.

Kita mampu lakukannya.. Usaha perlu lebih gigih.

HIDUP BN...

Cinta berkata...

Teruskan usaha BN...

Jangan mudah patah semangat..

MCA dan MIC perlu bersama2 UMNO mengembalikan kepercayaan rakyat terutama di kalangan pengundi cina dan india..

BANGKIT BN... BANGKITKAN SEMANGAT 1974... BN MAMPU LAKUKANNYA

Tanpa Nama berkata...

ckp jgn ikut logik jea, tengok fakta dulu, bn dah 50 thn lbh kat atas tp rakyat masih ketinggalan, pemimpin hangpa jea yg terkedepan, kaya-raya, hangpa apa ada? hampehhh....

Alhamdulillah berkata...

Rakyat sepatutnya bersyukur dgn keadaan negara kita yang aman, makan minum mencukupi dan pembangunan yang pesat walaupun Malaysia baru mencapai kemerdekaan 52 Tahun.

Jika dibandingkan dengan keadaan Negara2 Membangun yang lain, Malaysia masih di tahap yang stabil spt. Indonesia, Thailand, India dan lain2.

Kita harus bersyukur, bukan memberontak.

Allah tidak pernah mengajar kita berputus asa dalam mencapai kejayaan hidup dan bergantung pada orang lain (meminta-minta).

Jika anda rasa kewangan anda masih tidak mencukupi untuk menampung keluarga, berusahalah dgn gigih. Bukan dgn cara membabi tuli menuduh kerajaan.

USAHA TANDA KEJAYAAN...

slyderrose berkata...

Jelas sekali dengan tulisan ini umno masih mempunyai sindrom suku-sakat. Sedarkah mereka ini hampir 50 tahun Bkt Gantang di bawah umno. Dan sudah pastinya penduduk-penduduk melayu di situ ramai yg berdarah biru. Tetapi dalam PRU13 akan datang ini mereka ini, Insyaallah ramai yg menjadi hijau kerana selama kebenaran pasti datang di hati mereka ini. Fitnah dan gula-gula umno pasti tidak dapat melawan penghijrahaan ini.

Begitu juga di Gombak, samaada di utara atau selatan, umno hanya tinggal Ketua dan Ajk sahaja, rakyat makin sedar siapa umno yg sebenarnya selagi pemimpin-pemimpin umno sekarang tidak membuat perubahaan yg total dalam semua aspek governance.

Suara berkata...

Pengundi-Pengundi telah terperdaya dengan tuduhan2 pemimpin Pakatan dikepalai Anwar Ibrahim yang sememangnya sentiasa mencari jalan bagi memastikan cita2 Anwar menjadi PM menjadi kenyataan.

Tak Mengapa, mungkin sekarang pengudi percaya dengan kata2 anda. Tapi 1 hari nanti, mereka sendiri akan tahu siapa sebanarnya Anwar dan kuncu2nya.

dr.ismadi berkata...

uuwehh. aku dah meluat dah dgn ameno ni.membela2, pembangunan2, aman2. tapi rasuah penyalahguna kuasa,biadap kat raja2 melayu hampa buta kut?bukalah mata &munda hampa tu sikit. bacalah berita2 alternatif sama jangan dok asyik tonton tv3suku ,rtm gila pengampu sama itu utusan meloya.kalau dok asyik dgn ygana sebut tadi otak2 ente akan terus bengap.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa Melayu kurang sokong DS Nizar?

Hanya Melayu UMNO yang diracuni "taksub ajaran assobiyyah" dan digelapi dengan "mata duitan" atau diselaputi “mata kerajang” saja yang tolak Datok Panglima Bukit Gantang II, DS Nizar!

Adapun orang Melayu yang beriman dan soleh tetap bersama DS Nizar, teguh dengan segala perintah Allah termasuk tidak menzalimi kaum lain, amar maaruf dan nahi munkar, sampaikan Islam yang hakiki, syumul dan alamiyyah, ....untuk semua kaum!

Semoga Allah merahmati DS Nizar & sekeluarga demi perjuangan Islam tanpa assobiyyah dan munkarat.


Mengapa UMNO bersusah payah untuk menang?

Kuasa, Harta, Agenda peribadi .....

Warisan kuasa Dinasti aristokrat Melayu/Mamak ...
..2 keluarga besar keturunan Datok Noh Genting, keturunan Mohamad Iskandar Kutty,.....,

Melancung berhibur ke Hadyai, Medan, Bali,………………….

Duit saku, rasuah, politik wang. "Wang Besar,.... Wang Besar. .......Wang Besar!!! RM, RM, RM $$$$$$$$$$$$$ ................................?????

Lain2 fikir dan tambahlah sendiri ………………… ?????

KecewaPAS berkata...

Wow... Teruknya penyokong PAS memaki hamun UMNO....

Seolah2 UMNO ni tlh mencabul kehormatan dia..

Sedarlah wahai org2 yang suka memaki hamun, anda terlalu taksub dgn pemimpin anda sehinggakan anda lupa anda tlh melakukan dosa krn memaki hamun kami dari UMNO..

Cukuplah... jangan lagi memaki hamun kami.. Anda tlh diperguna sebenarnya sehinggakan anda sendiri lupa yang anda memaki saudara seislam anda untuk membela org yang tidak pernah berjasa pada kamu..

Insaflah wahai saudara2 yang menghantar komen secara memaki hamun.. Kalah menang adat politik. tetapi jangan dimaki kami setelah anda dari PAS menang pilihanraya.. Sungguh berlagak dan meninggi diri..

Setiap parti ada kebaikan dan keburukan masing2.. begitu juga UMNO.. Tetapi ingatlah, parti ini juga yang memerintah selama lebih 50tahun... Takkan tiada langsung jasanya sehinggakan dimaki kami seperti Yahudi sebegini..

Jika hendak dikatakan politik wang, jangan dituduh kami shj.. Walhal parti anda juga melakukannya.. Tak perlu dicerita siapa.. dikhuatiri menfitnah. Fikirlah.. kuari, oh kuari....

Manusia tidak lari dari kesilapan.. tapi tidak perlu dicerca, dihina sesama sendiri..

Syukur berkata...

Kenapa dihina mcm tu skali? Teruknya org PAS ni? Kata Parti Islam, Parti Islam mcm ni ke? Oh, da campur dgn DAP, patut la..

Tolongla korang dari PAS, bawak mengucap blh x? Kalo ye pun xsokong UMNO, xpayah lah sampi maki ktrg mcm Yahudi..

Sabar... Nik Aziz pun xde ajar korg cmni.. Ker, Karpal Singh yang ajar korg?

Astagfirullah berkata...

Yang komen ni sumernye taksub.. sampi lupa diri..

Cuba bayangkan kalo keluarga korg kne maki cmni? xbengang ke?

Whai org2 yg komen maki hamun ni, bwk istighfar byk2..

Sokonglah parti manepun korg nak sokong, tapi jgn dimaki hamun mcm kami dari UMNO ni ludah kt muke korg..

Astagfirullah hal azim

warisantamar berkata...

Komponen BN yang lain khususnya MCA, Gerakan, PPP dan MIC hendaklah mempertingkatkan usaha mereka untuk meraih undi kaum bukan Melayu. Jawatan TPM atau kabinet jangan dijadikan alasan.

http://warisantamar.blogspot.com

`Malangnya Calon Recycle BN...'

suria berkata...

kut ye nak maki pun acik2 sume...beradaplah sikit...islam tak ngajo maki macam tu...lupa lak...tok ajis cakap tuhan pun mencarut tu yang halal jadinya..

kita berbalah macam ini...mereka yang lain2 tunggu masa nak ngap kite sume...ada paham...taksub sampai lupa akan hak sesama org islam sesama seagama...

kalu nak maki jugak berterusan...aku doa agar tuhan mengampuni dosa mereka dan aku juga...

HIDUP UMNO! HIDUP BN!

Unknown berkata...

dalan tv aritu org kat bukit gantang cakap "dah 30 tahun kampung ni tak terbela" sapa punya kerja tu...UMNO laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

suria berkata...

memandailah kao bingai...mmg bingai...sume salah umno...kowg pon same gak...kalu nak membingaikan owg baik bingaikan owg kao tu...si arumugam tu dah balek...gie tutuh dia...senang lenang dua bulan kat chennai biar kawasan sendiri terkapai2...pengecut namanya...

kao pon apa kowgnya...kedarah apa k'jaan BN/UMNO sediakan sampai kenyang...langsung tak bersyukur...nak bingaikan owg...

Laaaaaaaaaaaaaaa bingai!..........