Belum sempat perang antara DAP dan PKR Pulau Pinang tamat, kini PAS Pulau Pinang pula mendesak agar PKR tidak meletakkan calon di DUN Penanti.
Strategi PKR untuk menjatuhkan Fairus akhirnya dapat dikesan oleh sahabat mereka dari PAS Pulau Pinang. Dalam mesyuarat PAS Permatang Pauh, 115 perwakilan bersetuju untuk meletakkan calon DUN Penanti dari parti mereka dan menolak sebarang cadangan meletakkan calon dari PKR.
PAS Permatang Pauh mendakwa tindakan PKR memaksa Fairus meletakkan jawatan beliau sebagai ADUN Penanti amat tidak wajar kerana siasatan baru sahaja bermula. Tindakan ini seolah-olah PKR mengiyakan tuduhan Fairus.
Atau memang betul Fairus seorang Perasuah?
Wow, kubu kuat PKR di Permatang Pauh kini bergolak, dek kerana PAS Permatang Pauh kecewa dengan sikap PKR yang suka menggunakan strategi kotor mereka.
Itulah, dulu dikatanya kami dari UMNO ini yang mengamalkan politik kotor, busuk dan jijik. Dihina kami dari UMNO seperti sampah mayarakat. Sampai nak ajak kerjasama ditolak PAS dengan bongkaknya. Walhal niat kami untuk menyatupadukan Melayu dan Islam.
Sekarang? Terkena dekat sahabat yang kamu puja, PKR,terkedu. Tahu pula marah. Apabila kami memberi artikel-artikel sebegini, penyokong kamu maki hamun kami. Walhal inilah realiti dunia politik. Jangan ingat semua pemimpin-pemimpin kamu itu bebas dari rasuah dan korupsi.
Sebelum PRU 12 dicanang satu dunia kata pemimpin kami bebas dari rasuah dan korupsi. Bebas dari skandal bla bla bla. Memukau kesemua rakyat Malaysia sehinggakan mereka sanggup mengundi PAS, PKR dan DAP. Bila sudah jadi macam ini. Disalahkan juga UMNO.
Jangan terlalu menghina kami. Ini baru setahun Pakatan memerintah Pulau Pinang. Bayangkan jika 10 tahun.
Allah Maha Berkuasa. Memang kami dari UMNO juga ada masalah dalaman. Tapi kami sentiasa berusaha untuk tidak melibatkan sesiapa yang berada di luar UMNO.
Ini tidak, sampai sekarang portfolio TKM 1 dan wakil rakyat Penanti tiada. Rakyat Permatang Pauh seolah-olah telah dipermainkan oleh PKR. Boleh pula letak jawatan. Mula-mula Wan Azizah, selepas itu Fairus. Selepas ini siapa pula? Inilah strategi mereka untuk tunjuk kekuatan mereka.
Lama-lama rakyat akan bosan dengan strategi ini. Percayalah. BN akan sentiasa memastikan bahawa rakyat akan dibela. Rakyat didahulukan.
5 ulasan:
Haaa..amacam...sekarang apa cerita..UMNO lagi ke nak di tuduhnya..
Kalau kowg gentle gie la serang PAS pulak...UMNO tak campur hal kowg..kowg yang memandai masuk hal rumahtangga owg sikalang.. rumahtangga kowg sendiri berantakan..
Apa pun kita di BN dan UMNO di harap janganlah menjadi seperti mereka ya..asyik menyelak kain owg kain sendiri terselak tidak perasan..
Masih menjadi teka - teki kenapa tiada barisan PKR yang berani tampil dan membela si Fairus nie...kenapa PAS pulak..Team Ulamak..Team Edrogan..hhmmmm
Episod diowg nie dah macam citer telenovela lak..tapi membosankan..
UMNO...dulu, kini dan selamanya.
-> fedup
ralat:
UMNO... ra$uah dulu dan kini. semoga tidak selamanya.
boring sepatutnya letak tema juga macam fedup..
PKR...
Dulu Baru Berjinak2 Rasuah
Kini Sudah Pandai Rasuah
Selamanya... Parti Kaki Rasuah...
Jangan hanya pandai menuding jari pada kami.
Kami telah selesaikan masalah politik wang melalui Lembaga Displin Parti...
Kamu melalui mana? SPRM dulu kata tak percaya.. SPRM dikatanya ikut ckp pemimpin UMNO..
Sekarang ni, bila SPRM 'sentuh' Fairus.. Senyap?
Sudahlah boring.. Kamu siasatlah siapa Anwar sebenarnya..
Kami sudah lama kenal Anwar sbb dia dulu orang UMNO...
ISU YANG AKAN MEMBAWA KESAN KEPADA KECENDERUNGAN UNDI DI PENANTI MENYEBELAHI BN ADALAH ISU KELEMAHAN PIHAK PAKATAN MEMILIH CALON YANG KURANG MENYERLAH SEBAGAI TKM 1 PULAU PINANG. SELAIN DARI ITU ISU BERKAITAN YB FAIRUZ DISIASAT OLEH SPRM DI ATAS PENDEDAHAN PIHAK PAKATAN SENDIRI IAITU BERKAITAN ISU KUARI JUGA AKAN MEMBERIKAN IMPAK NEGATIF KEPADA PAKATAN RAKYAT. ORANG MELAYU DAN BUKAN MELAYU SUDAH TENTU TIDAK MENYUKAI CONTOH-CONTOH YANG TELAH DITUNJUKAN OLEH PAKATAN RAKYAT..DAN JUSTERU ITU TIDAK MUSTAHIL MEREKA AKAN MENGUBAH HALUAN DAN MEMBERIKAN UNDI KEPADA BN.
mmg betui boring sesiapa pun tak kekal di dunia ini tetapi UMNO tetap dulu, kini dan selamanya..
UMNO ada Lembaga Displinnya..macam sahsiah tulis tu..PR ada ka?..kalu di siasat orang sebelah mahu terkejut beruk ahli2nya..tapi kita berhati perut masih lagi ingat sesama kita...tak aibkan diowg..diowg sendri yang aibkan diri sendri..
sudahlah boring..kau nie memang boring..fedup betui layan orang macam nie..
Boring..hangap kalu betui benar..pi nasihat pemimpin hangpa tu..jgn dok asyik nk cari salah orang..pi jaga kaw.sendri...suhh suhh suhh..
sahsiah..pendapat awak cukup cantik..
rahman,ahchong,muniandy..I'm your biggest fan...penulisan anda cukup bernas...tabik spring untuk anda!
UMNO..all the way...always...
Catat Ulasan