4/08/2009

PENGUNDI CINA FAKTOR KEKALAHAN BN - MCA Perlu Kerja Keras

Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya mengalahkan Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti 1,854 undi.

Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan BN merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak kesampaian. BN tewas di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi dan Bukit Selambau pula dengan 2,403 undi.


Berdasarkan kepada pecahan undi yang diperolehi BN di Bukit Gantang, undi yang diperolehi oleh calon BN, Ismail Saffian bertambah sebanyak 622. Manakala undi calon PAS yang diwakili oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin meningkat kepada 1,845.

Pertambahan undi dan majoriti di Bukit Gantang itu disumbang oleh peningkatan hampir 3% atau 1,327 pengundi yang keluar mengundi.Pada pilihan raya kecil kali ini 75.1 peratus atau 41,626 orang daripada 55,462 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka berbanding 72.65% atau 40,299 pengundi.


Daripada pertambahan undi tersebut, BN memperolehi tambahan undi sebanyak sekitar 60 undi dari DUN Kuala Sepetang yang majoriti pengundinya terdiri dari kaum Cina berbanding undi yang diperolehi pada pilihan raya umum Mac 2008. DUN Changkat Jering dan DUN Trong pula menyumbang pertambahan lebih 500 undi.

Kemampuan calon BN menambah undi di DUN Changkat Jering mempunyai makna tersendiri kerana ia tidak mencerminkan bantahan rakyat kepada keputusan ADUN kawasan berkenaan Kapten (B) Osman Jailu yang meningggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.


Manakala PAS pula selain turut mendapat pertambahan undi daripada kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu DUN Changkat Jering dan Trong sekitar 800 undi.

Pertambahan paling ketara diperolehi PAS ialah daripada DUN Kuala Sepetang, di mana pengundinya majoriti kaum Cina iaitu kira-kira 1,000 undi.

Berdasarkan senario tersebut, isu BN menumbangkan ‘kerajaan Cina’ dipelopori oleh DAP yang pegang kerusi terbanyak dikalangan pembangkang di Perak memang menjadi faktor menyebabkan mereka memberikan undi kepada PAS.

Ia tanda jelas sentimen tebal mereka terhadap hal berkenaan itu.Kelebihan para pengundi Cina di Bukit Gantang ialah mereka menjadi ' undi penentu ' diketika sokongan pengundi Melayu terhadap BN dan PAS tidak banyak berubah.

Sementara itu bagi DUN Bukit Selambau, PKR menang dengan majoriti 2,403 undi. Calon parti itu memperolehi 12,263 undi berbanding Datuk S.Ganesan yang dapat 10,229 undi.

Kita dapat lihat kekuatan UMNO sedang mara ke depan tetapi, kerjasama parti-parti Barisan Nasional perlu diperkukuhkan semula. BN perlu mengadakan sessi perbincangan secara berterusan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN.


MCA sebagai tunggak parti yang mewakili masyarakat cina mesti bekerja keras bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat cina terhadap BN.

6 ulasan:

generasi muda johor berkata...

MCA dan GERAKAN sudah tidak RELEVAN tetap ada hati mahu tuntut jawatan TPM

Pengundi Cina memberikan SOKONGAN JITU kepada PAS. Dari keseluruhan undi Cina , 85 % diberikan kepada PAS manakala BN hanya mendapat 15 % undi Cina.

Sebagai perbandingan pada 2008: BN berjaya mendapat 30 % undi Cina di Bkt Gantang dan PAS mendapat 70 % undi Cina.

Ini bermakna pada PRK terkini PAS berjaya meningkatkan undi Cina kepada parti tersebut sebanyak 15 % lagi kepada 85 %.

Sayang betul Cina pada Pak Lebai-pak lebai PAS dan MCA dan GERAKAN serta PPP sudah menjadi semakin tidak RELEVAN.

Bagaimanapun, undi kaum MELAYU meningkat secara mendadak kepada UMNO/BN, dari hanya 14500 pada 2008 kepada 17000 pada PRK ini.

Ternyata ternampak MELAYU semakin kembali kepada UMNO/BN.

Bagi PAS pula , parti ISLAM tersebut hanya mendapat 10000 undi Melayu kali ini berbanding 11500 pada 2008. Ini bermakna pada PRK ini MELAYU mula menjauhkan diri dari PAS dimana PAS kehilangan 1500 undi Melayu pada PRK ini.

Pada PRK Bukit Gantang ini , PAS mendapat 9500 undi Cina dan 2300 undi India manaka BN hanya mendapat 2300 undi Cina dan hanya 500 undi India.

Ini menunjukkan kemenangan PAS di Bukit Gantang bergantung sepenuhnya kepada undi bukan MELAYU.

Situasi sama di Bukit Selambau dimana Melayu memberi sokongan kepada BN tetapi India dan Cina sangat SOLID menyokong PR

Mengapa ini terjadi?

Jawapannya PAS bersedia berkompromi dengan DAP dan PKR untuk memenuhi apa sahaja tuntutan bukan Melayu seperti yang ditunjukkan semasa Nizar menjadi MB Perak suatu ketika dahulu dimana tanah-tanah dipajakkan kepada bukan Melayu sehingga 999 tahun.

UMNO kini lebih mendapat undi Melayu dan UMNO perlu memberikan lebih perhatian kepada kaum Melayu yang ternyata memberi sokongan kepada UMNO.

Jangan pula Melayu beri undi pada UMNO, tetapi Cina yang tidak memberi undi kepada UMNO/BN yang disusukan....!

RAkkid berkata...

Saya memang menyokong penuh apa yg diulas oleh "generasi muda Johor" itu.Sebilangan besar kaum Cina/India sekarang bersama PAS saling memperguna dan dipergunakan untuk mencapai matlamat besar masing-masing,Inilah dikatakan "enjit-enjit semut sapa sakit... dia naik atas.

Unknown berkata...

cina dah puas tutuh umno...dah lohe

fedup berkata...

abis dapat port baru nak tutuh...golongan macam bingai la...

anaklangkawi berkata...

Analisis yg saya buat ttg faktor kekalahan BN di bukit gantang..

http://other-perspektif.blogspot.com/

Parti komponen BN iaitu MCA, MIC, gerakan perlu bertanggungjawab dlm kekalahan BN..

Tanpa Nama berkata...

MCA dan Gerakan sudah sakit tenat tertikam keris.

UMNO mesti bagi ubat kasi kuat semula. Tak ada ubat, terus sakit sebab pengundinya marah pada keris.

Kalau mau buat analisis mesti pandang dari 2 / 3 / 4 sudut yang berlainan.


IKHLAS