4/01/2009

PRK Bukit Gantang - Terima Kasih Tun, Kesediaan Membantu Kempen Pilihanraya Kecil

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian, Ahad ini.



Beliau dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering. Bagaimanapun, menurut setiausaha bahagian Umno Bukit Gantang, pejabat bekas presiden Umno itu belum menetapkan masa kehadirannya


Ahli jawatankuasa Umno bahagian itu Mohamad Saadin Yusof mengalu-alukan kedatangan tokoh itu untuk turut berkempen dan percaya ia akan memberi semangat baru kepada penyokong Umno.

Kehadiran Tun Dr. Mahahtir akan memberi kekuatan tambahan kepada BN.

Terima Kasih Tun. Jasamu amat dikenang.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalo Tun turun bantu , sayo yang pertama undi Pakatan.

bagus untk Pakatan kalo Tun Rajin Bantu.

terima kasih Tun keran hadiran mu
bangkaitkan Pakatan Rakyat.

slyderrose berkata...

umno memang kekeringan pemimpin yg berkarisma dan dalam kesempitan bermacam cara digunakkan untung berpaut pada talian hayat. Dan bertanding tidak macam anak jantan apabila bermacam cara digunakan untuk menidakkan kemenangan di pihak PR. Harakah dan Keadilan diharam, tv dan surat khabar jangan cakaplah..RTM yg dipunyai kerajaan atau lebih tepat dipunyai rakyat disalahgunakan..macam bapak umno punya...sedar ke wahai umno...duit kerajaan duit rakyat, duit pembayar cukai..bukan duit umno malu sikit le..nak menang cara tiupu aje..

fedup dah berkata...

Inilah dia semangat juang seorang pejuang. Walaupun luka di hati masih belum betah tetapi demi parti tercinta ketepikan semuanya dan turun bersama memberi sokongan.

Terima Kasih TUN!

Harapkan yang sebelah sana...kutuk kutuk kutuk...lepas itu memaki hamun menceritakan dakyah yang tiadk betul...aku dah bosan dengan cerita diowg...langsung tiada dikatakan memberi satu inspirasi dan aspirasi kepada rakyat...cuba buktikan kepada rakyat korang tu memang perjuangkan bangsa.
Ini tidak dengan cina lain cakap dengan india lain cakap...dengan melayu lain...cakap pasal Islam lain...
Siapa yang undi PR ini memang buta mata hati dan perasaan..tetapi perasan...perasan bagus dan betul...

PR..PR..PiiiiiiiRaaaaaahhhhh

BARISAN GO! HIDUP BN!

UMNOSg Penchala berkata...

Terima Kasih Tun Mahathir..

Jangan mudah terpadaya dengan helah pembangkang.

Masa Mahathir mengkritik Pak Lah, mereka sokong sampai beberapa pemimpin PAS datang ke majlis Tun memberi sokongan. Beri sokongan pada orang yang pernah mereka gelar Mahafiraun. Dah ludah kat orang tu, dijilat blk. Masa tu, Anwarlah orang pertama yang melenting. Nik Aziz sendiri memuji kepimpinan Mahathir. Time tu lah nk puji.

Samalah jugak dgn kes Pak Lah. Masa Pak Lah jadi PM, suruh letak jawatan lah, kroni lah, pemimpin lembik lah. Bile Pak Lah letak jawatan serah kt Najib, time ni lah suruh Pak Lah stay. Anwar siap berbincang dgn Pak Lah kt satu majlis kt Hulu Langat...

Ni Lah pembangkang, menumpang isu kita. Isu mereka,mereka membisu...

Bisu xpe lagi , siap sokong gi..

Kini, Mahathir kembali bersama kita. Sebab tu dorg bengang. Korang kne ingat, kemenangan Pakatan masa PRU12 bukanlah dsebabkan kekuatan Pakatan, tapi krn kritikan Mahathir terhadap Pak Lah.

Kini Mahathir bersatu semula bersama UMNO. Kami kembali bersatu.

HIDUP UMNO, HIDUP BN

Puteri Labuan berkata...

Salam Perpaduan..
TERIMA KASIH atas sokongan UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN..
Diharapkan kita dapat sama-sama berjuang bagi memantapkan lagi UMNO.

Salam daripada
PUTERI UMNO BAHAGIAN LABUAN.