Proses Pengundian bagi 3 pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai baru sahaja selesai. Kini proses pengiraan sedang dilakukan dan keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada pukul 9 malam.
Pelbagai reaksi dan analisis dari blog-blog tempatan mengenai keputusan tidak rasmi setakat ini. Ada yang mengatakan BN hanya memenangi kerusi Dun Batang Ai, ada yang mengatakan BN menang ketiga-tiga kerusi dan ada yang mengatakan sebaliknya.
Sememangnya UMNO Cawangan Gombak Selatan mengharapkan kemenangan berpihak kepada BN. Namun, sebarang keputusan samada menang atau kalah, haruslah diterima dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Rakyat lebih berhak memilih pemimpin mereka. Apa yang perlu kita fokus, adalah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan BN.
Menang bukan bermaksud kita kuat, kalah tidak bermakna kita lemah. Yang paling penting, semangat perjuangan yang berterusan membela Agama, Bangsa dan Negara.
SEMOGA KITA TABAH DAN RASA RENDAH DIRI DENGAN KEPUTUSAN YANG DITERIMA MALAM INI. BERDOALAH AGAR KITA MENCAPAI KEJAYAAN.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan