4/04/2009

Tahanan ISA dbebaskan, 2 Akhbar dibenarkan semula - Pakatan Sewajarnya Ucap Terima Kasih pada PM Najib

Pada malam tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi arahan untuk membebaskan kesemua tahanan ISA yang telah ditahan sekian lama. Selain itu, permit 2 akhbar Pakatan, Harakah dan Suara Keadilan yang digantung selama 3 bulan ditarik balik.


Sewajarkan kita mengucapkan terima kasih kepada PM kita yang telah memberi jaminan tersebut. Walaupun telah dituduh dengan pelbagai dakwaan oleh pihak pemimpin Pakatan, namun PM tidak mengikut perasaan, malah memberi maklum balas positif terhadap tuntutan Pakatan Rakyat.


Apa lagi yang membuatkan Pakatan marah pada kerajaan. Cukup-cukuplah menghina dan memaki hamun pemimpin No. 1 Negara ini. Hentikanlah segala dakyah yang dicipta oleh anda tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Buat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib, JUTAAN TERIMA KASIH..
Anda adalah Perdana Menteri untuk semua....

Tiada ulasan: