6/01/2009

PRK Penanti : PERATUSAN TERENDAH DALAM SEJARAH BUKTI TINDAKAN BN WAJAR...

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa jumlah peratusan mengundi di DUN Penanti semalam adalah yang terendah dalam sejarah pilihanraya umum. Walaupun kemenangan berpihak kepada calon PKR, Dr. Mansor Othman yang secara automatik menjadi TKM 1 Pulau Pinang, namun jika diperhatikan jumlah keluar mengundi telah menunjukkan bahawa majoriti pengundi di DUN Penanti tidak merestui PRK di Penanti atas alasan yang tidak munasabah.

Baki 54% pengundi nampaknya memihak kepada BN yang tidak meletakkan calon atas alasan yang sama. Mereka juga merasakan bahawa ini merupakan permainan poilitik PKR yang telah menggunakan DUN Penanti sebagai batu lonjatan untuk menunjukkan kekuatan mereka.

Walaupun ada beberapa pihak mengatakan, jika BN bertanding akan memenangi kerusi DUN tersebut, BN tidak pernah merasa kesal dan apa yang lebih penting adalah menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat di samping memperbaiki kelemahan-kelemahan sebelum ini.

Tapi semua itu tidak penting bagi PKR. Parti ini merasakan mereka sudah cukup kuat dengan keputusan 'cemerlang' mereka memenangi kerusi DUN Penanti buat kali ketiga.

Apa yang UMNO Cawangan Gombak Selatan harapkan, Dr. Mansor ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan tidak lagi ada isu remeh temeh yang menjadi alasan untuk beliau atau sesiapa meletak jawatan sebagai ADUN selepas ini.

Satu persoalan timbul di sini, ke mana pergi pengundi PAS? Berdasarkan peratusan pengundi, 46% adalah jumlah yang terlalu kecil. Nampaknya ada petunjuk dari pengundi yang menyokong PAS. Nampaknya protes mereka semakin ketara. PAS Pulau Pinang tidak dapat meletakkan calon, maka mereka bertindak memprotes pilihanraya ini.

PKR jangan terlalu takbur. Sifat takbur akan memakan diri anda.

3 ulasan:

Alias Mohd Yusof berkata...

tahniah kerana anda masih utuh menyokong UMNO walaupun UMNO sekarang menghadapi saat yang getir.

Tanpa Nama berkata...

"bn bleh mng kalo btanding..."
(ye la tu...........)

Tanpa Nama berkata...

kne kelulusan ke... ek ele..
mesti x lulus nye... nnt malu plak..
hahaha