Semalam DAP Kedah telah memutuskan untuk keluar dari Pakatan Pembangkang Kedah kerana tidak berpuas hati dengan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PAS yang bertindak merobohkan satu-satunya Pusat Penyembelihan Babi di Alor Star.
Pengumuman itu disahkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su sendiri yang merasakan bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak mngambil peduli peranan DAP Kedah dalam Kerajaan Negeri.
Inilah realiti Pakatan Pembangkang. Mereka hanya bekerjasama demi kepentingan peribadi masing-masing. PAS yang sebelum ini bangga bersama PKR dan DAP nampaknya terpaksa menanggung malu atas kegagalan mereka bekerjasama dengan baik bersama DAP Kedah.
Dulu, dihinanya UMNO ini, sehingga dikatanya kita ini sama sahaja dengan komunis. Tidak layak bekerjasama dengan PAS. PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP daripada UMNO. Bagi mereka, DAP lebih menghormati PAS berbanding UMNO. PAS tidak layak bekerjasama dengan UMNO walaupun kami ini dari kalangan umat Islam.
Sekarang? Padan muka. Bongkak dan takbur bekerjasama dengan parti serpihan PAP (parti pemerintah Singapore) itu. Cakap hubingan Pakatan baik dan semakin mantap. Lepas ini, jangan pula salahkan UMNO lagi sebagai punca keretakan Pakatan.

1 ulasan:
Kalu x ikhlas dalam perjuangan inilah natijahnya..
Aloo incik..pasal babi mau gado kaa..hahahahahaha..pakat punya pakat last2 kena sakat...hahahaha..
Catat Ulasan