7/29/2009

Kematian Setpol Exco Selangor - KELUARGA TEOH BENG HOCK BERTEMU NAJIB

Sesuai dengan janji yang dibuat, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluangkan masa kira-kira 30 minit petang Isnin menemui keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

Pertemuan yang bermula sekitar 7.30 malam itu adalah atas undangan Najib dan pada pertemuan berkenaan, Perdana Menteri memberi jaminan kepada keluarga mendiang bahawa siasatan yang meyeluruh akan dilakukan.

"Apa saja yang perlu akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian, dan jika ada sebarang salah laku, tindakan pasti akan diambil," katanya.

Pada pertemuan itu, Najib sekali lagi menyampaikan takziah dan simpati kerajaan kepada bapa mendiang, Teoh Leong Hwee, emaknya, Teng Shuw Hor, abangnya, Beng Kee, adik perempuannya, Lee Lan, dan juga tunangnya, Soh Cher Wei.

Turut hadir bekas Setiausaha Agung DAP dan bekas Ahli Parlimen Kota Melaka, Kerk Kim Hock yang mempunyai talian persaudaraan dengan Teoh.

Najib turut mengulangi kepada keluarga berkenaan bahawa semua anggota kabinet memandang berat kejadian yang menimpa Teoh.

Selain itu beliau juga menjelaskan keputusan kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi meneliti prosedur siasatan SPRM dan inkues bagi mengenalpasti punca kematian Teoh dan menjelaskan ia adalah pendekatan serentak.

Jelasnya, pendekatan itu akan dapat memastikan sama ada mana-mana aspek atau tindakan yang diambil, mungkin ada kaitan atau menyebabkan kejadian itu.

Berhubung dengan permintaan keluarga Teoh agar anak yang dikandung tunangnya kini diberikan kebenaran menggunakan nama keluar Teoh selepas dilharikan, Najib berkata, Peguam Negara dan jabatan yang berkaitan akan mengkaji dan mencari jalan penyelesaiannya.


1 ulasan:

fedup berkata...

sebagai peneraju negara kita tidak memilih bulu tak kira pro atau pembangkang..yang ako tahu nnt ada lak mulut longkang dari owg sebelah cakap ini semua politik semata2...allooo hangpa duk mmemekak mengata itu ini tapi tak buat kerja..siapa yang kena tolong..k'jaan pusat jugak..k'jaan S'gor wat apa..

biarlah ini menjadi contoh bahawa satu malaysia iaitu 'RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN' menjadi saksi..