Majlis sambutan 100 hari Najib bersama rakyat yang diadakan di Pusat Konvensyen,KLCC pagi Sabtu berlangsung dalam suasana lebih merakyat.Tiada kompang dan bunga manggar manakala para menteri kabinet duduk dicelah-celah para hadirin yang penuh sesak dalam dewan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya membuat 11 pengumuman yang mengembirakan rakyat berbagai lapisan kaum.Beliau juga istihar zaman kerajaan serba tahu segalanya sudah berakhir.Katanya kini kerajaan akan mendapatkan pandangan rakyat dalam segala keputusan yang hendak dibuat.
Antara 11 pengumuman berkenaan ialah kerajaan akan mengambil langkah drastik untuk memerangi rasuah dan jenayah.Pengumuman terperinci mengenai langkah-langkah berkenaan akan dibuat hujung bulan ini.
Bagi penguna lebuh raya ,Najib umum mulai 1 September ini mereka yang bayar tol lebih 80 kali sebulan akan dapat diskaun 20 peratus.Ini katanya adalah langkah sementara kerana kajian kadar tol ambil masa untuk siap.
Satu tabung saham amanah baru dikenali sebagai Amanah Saham 1 Malaysia akan dilancarkan tidak lama lagi.Ia memperuntukkan 10 billion unit saham. Berita gembira bagi anak muda.Najib umum kadar yuran belajar lesen memandu motosikal ‘ kapcai’ B2 iaitu 250cc kebawah akan dikurangkan dari RM500 hingga RM70 sekarang kepada RM211 sahaja.
Untuk kemudahan pemilikan rumah,beliau umum sebanyak 44,000 unit rumah perumahan rakyat DBKL akan dibuka untuk dibeli kepada para penyewanya sekarang.
Bagi penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan,kadar lesen mereka akan dikurangkan 50 peratus berkuatkuasa sertamerta.Perdana Menteri harap negeri-negeri lain akan ikut langkah Wilayah Persekutuan.
Lain-lain ialah kerajaan menambah 3,000 lagi permit teksi yang permohonannya diluluskan dalam masa tiga bulan akan datang.Permohonan pendaftaran kelahiran dipermudahkan di Sabah dan Sarawak.Pembinaan jalan ditambah di Sabah dan Sarawak.
Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah dan Sarawak. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta disediakan untuk usahawan muda kaum India.
Jutaan Terima Kasih buat Presiden UMNO ini ikhlas dari UMNO Cawangan Gombak Selatan. Kini kami hanya menanti apa point pembangkang mengenai perkara ini. Pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim akan sentiasa mencari idea untuk menghentam Datuk Seri Najib walaupun ianya mendatangkan manfaat kepada rakyat. Kita tunggu dan lihat. Apa yang hendak diperkatakan Anwar Ibrahim...
7 ulasan:
Apa yg gembiranya bro??
Pasal Tol?? Berapa kerat sgt yg guna highway sampai 80% tu utk dpt diskaun? Dah lah sesapa yg guna Touch& Go & SmartTag je. Last2 PLUS gak yg kaya. Berapa % Najib dapat?? Rakyat miskin kat kampung2 tak dapat apapun.
Pasal rasuah?? Madey pun cakap benda sama, Pak Lah pun cakap benda sama... Pi mai, pi mai... dok tang tu gak. Tak ada yg berubah. Makin banyak rasuah terutamanya masa pemilihan UMNO adalah.
Apa lagi?? Amanah Saham 1Malaysia?? Itu taktik nak ambik duit rakyat lagi lah tu utk bail out company kroni yg mengalami krisis. Melabur hari ni untung masa depan? Masa depan tu nilai wang bukan sama dengan sekarang.
Majoriti peruntukan Sabah & Sarawak? Apasa ekkk?? Mesti sebab Sabah ngan Sarawak je yg masih jadi kubu kuat BN kan?? Negeri lain pun byk yg perlukan peruntukan. Malah negeri yg di bawah BN sekalipun. Bagi lah sama rata semua negeri dlm Malaysia... tanpa mengira kerajaan negeri. Barulah 1Malaysia.
Akhir sekali, bagi je lah duit royalti minyak Kelantan tu. Tak baik curi duit org. Bedosa.
P/S: Kosong je ruangan komen. Semua negatif ke?? Kena block semua?? Takkan takde positif kot. Dah tak famous ke geng hampa ni sampai takde komen langsung...
Tahniah Datuk Najib....
Teruskan perjuangan anda
Insyaallah... Doa dalam iringan saya dan semua rakyat Malaysia agar Negara kita makmur dan bersatu di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib..
1MALAYSIA... insyallah akan berjaya
Allah berkati Negara kita...
Doa agar Allah menyatupadukan kita rakyat Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib..
100 days... Thank you NAJIB...
Alhamdullillah...
durian kampung
nape mare..sebab durian kampung la nie murah bebeno kat bando ekk tak cam dolu2 kan kan kan..mahal ekk.. kalu kat negeri pembangkang tu mmg la miskin..k'jaan negeri kao tu tak jaga elok2..jgn salahkan owg lain..
sabah n sarawak..nape diowg nie bukan sebahagian m'sia ker..apa kao bukan rakyat m'sia ke komen camtu..
satu lagi..macih DSN kasi potong diskaun kat peniaga2 di KL..harap2 harga barang di KL toron sikit..
kao dah dengo stetmen DS Muhyiddin td..
oh lupa..siaran tv tu semuanya fitnah belaka eekk..
Aku ada kat situ..apa yang dapat diperkatakan...Najib & BN buat kerja & kotakan apa yang dijanji...nak harapkan pembangkang tu?Naik turun mahkamah je la..hampas...
Ramai sebenarnya yang datang..tapi oleh kerana hall boleh muat 5000 orang sahaja...
Catat Ulasan