7/08/2009

Nik Aziz Mahu Tanya Najib : KENAPA UMNO TOLAK ISLAM? - UMNO TOLAK ISLAM KE, ATAU SAHABAT KAMU DAP YANG TOLAK ISLAM

Akhbar Sinar Harian semalam memaparkan artikel mengenai Debat antara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Ya. Memang saya nak jumpa dia (Najib) sebelum mengadakan debat untuk bincang dua perkara. Saya nak tanya dia dua perkara, pertama kenapa UMNO tolak Islam dan ambil kebangsaan. Kenapa? Kedua pula kalau UMNO mengaku dia Islam, kenapa nak lawan Pas? Sedangkan Pas ini terang-terang Islam. Dasar Islam.".

Itulah antara komen Mursyidul Am PAS mengenai pelawaan beliau untuk berdebat dengan Presiden UMNO. Beliau nak debat dengan Datuk Seri Najib, tapi nak jumpa dulu.. Huh?


KENAPA UMNO TOLAK ISLAM?

Bila dibaca kenyataan beliau ni, macam pelik. Kenapa UMNO tolak Islam? Kami ahli UMNO, tak pernah tolak Islam. Kenapa mesti UMNO tolak Islam? Banyak program-program Islam yang disiarkan di TV, radio malah di tempat-tempat lain. Malah setiap Negeri di bawah Kerajaan BN ada Exco Agama Islam. Menteri pun ada yang pegang portfolio Islam. Itu namanya UMNO tolak Islam?

Pendekatan Islam juga dilaksanakan setiap kali umat Islam menyambut kedatangan ramadhan. Sessi ceramah-ceramah diadakan bagi mengisi ruang umat Islam di Malaysia untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.

Perjuangan UMNO... Membela Agama, Bangsa dan Negara. Agama yang dimaksudkan adalah agama Islam. Itu perjuangan UMNO. Bermakna terang-terang UMNO tidak pernah menolak Islam. Perlaksanaan Islam tetap diteruskan seperti mengadakan ceramah-ceramah dan forum-forum berkenaan Islam di TV dan lokasi-lokasi di seluruh Negara. Malah kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan juga seringkali melaksanakan aktiviti kerohanian di Masjid kami di Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas. Itu UMNO tolak Islam ke?

Soalan ini sepatutnya Nik Aziz tujukan kepada 'sahabat-sahabat' beliau dari DAP dan PKR. DAP secara terang-terangan menolak Islam. Jangan pula dikata DAP parti Cina kerana DAP adalah parti berbilang kaum. Bukan begitu? Jadi, sudah tentu ada di kalangan ahli DAP yang beragama Islam. Kenapa Nik Aziz tak tanya DAP? Perjuangan mereka adalah berlandaskan Malaysian Malaysia yang tidak terhad kepada Agama Islam. Sudah tentu DAP tolak Islam. Baru sentuh isu arak, sudah melenting. Baru sentuh isu babi, da nak keluar Pakatan. Dekat mulut sahaja cakap Amar Maaruf Nahi Mungkar (kenyataan Lim Guan Eng), lepas tu, Amar entah ke mana, Mungkar diagung-agungkan.

PKR juga sama sahaja. Separuh dari ahli parti ini dari kalangan bekas ahli Parti Rakyat Malaysia atau dahulunya disebut sebagai Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Nama pun sudah terang-terang berlandaskan sosialis. Tak payah nak terangkanlah apa itu sosialis. Terang-terang menolak Islam.


KALAU UMNO MENGAKU DIA ISLAM, KENAPA MAHU LAWAN PAS?

Datuk Nik Aziz, janganlah kata kita nak lawan parti anda. Dulu sahabat kamu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa nak buat Kerajaan Perpaduan. Kita tak ada masalah. Malah menggalakkannya lagi. Siapa yang lawan? Bukan kamu? Kamu yang berkeras tidak mahu mengadakan sebarang perbincangan dengan kami dari UMNO. Adakah UMNO yang mahu berlawan dengan PAS? Beliau punya marah sehinggakan mencabar Ustaz Nasharuddin untuk keluar parti dan menyertai UMNO. Siapa yang lawan siapa sekarang?

Kalau hendak cerita mengenai Hudud, tak payah la Datuk Niz Aziz. Kamu bekerjasama dengan DAP dan PKR, belum tentu kamu dapat laksanakan Hukum Hudud. DAP secara terang menolak Hudud. Bukan sahaja Hudud, nak haramkan penjualan arak sudah melenting. Macam mana tu? Mereka lebih teruk menolak Islam. Kenapa PAS bekerjasama dengan mereka?

Memang wajarlah Datuk Seri Najib menolak pelawaan Datuk Nik Aziz untuk berdebat. Buat apa? Kita taknak gaduh dengan PAS hanya untuk memecahbelahkan Islam. Kita mahukan deplomasi, perbincangan yang memberi kesan yang positif terhadap umat Islam.

BERSAMBUNG......



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'ulamak politik'yg mana mata terbuka tapi tak nampak,telinga ada tapi dah tuli..

Afdzal Mokhtar berkata...

salam perjuangan...terima kasih sebab sudi melawat blog dan link kan blog saya...di harap kita dapat berkerjasama menangkis tuduhan jahat pembangkang dan menerangkan pekara yang betul kepada rakyat memalui laman blog ini...semoga ALLAH memberkati parti UMNO...

-MOHD AFDZAL BIN MOKHTAR-
anakmelayu30.blogspot.com