7/14/2009

PRK Manek Urai : ALHAMDULILLAH - KITA TIDAK TEWAS SEBENARNYA!


Alhamdulillah, walaupun Barisan Nasional tewas di DUN Manek Urai, namun kita berjaya mengurangkan majoriti dengan perbezaan yang mendadak jika dibandingkan dengan PRU 12 tahun lalu.

Buat semua yang berkhidmat di Manek Urai, Jutaan Terima Kasih ikhlas dari UMNO Cawangan Gombak Selatan. Kita tidak tewas sebenarnya. Kita berjaya menarik lebih ramai pengundi. Mungkin Allah tidak memberi kemenangan pada kita kali ini. Kerana Allah mahu kita bekerja lebih keras. Tetapi Allah telah membuka lebih ramai pengundi di Manek Urai untuk mengundi BN sehinggakan kita tewas hanya majoriti 65 undi.

Jutaan Terima Kasih kepada jentera PRK Manek Urai. Jutaan Terima Kasih. Pendekatan 1Malaysia berjaya. Jadikan kekalahan bermaruah ini sebagai semangat baru untuk kita terus berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.


2 ulasan:

CHAIRMAN KAGA berkata...

KALAH BERMAKSUD KALAH
KALAH LAWAN SATU LAWAN SATU KIRA ADA MARUAH
NI KALAH PIHAK PAS
LAWAN POLIS
LAWAN JENTERA KERAJAAN
LAWAN LINGAM
LAWAN WANG PETRONAS
LAWAN HELIKOPTER AIRWOLF
LAWAN DUIT BERIBU JUTA RINGGIT
LAWAN WAN MALAYSIA
LAWAN PIHAK PENCACAI PUAK united malaysia national organization

TETAPI DALAM PERLAWANAN ADA YANG MENANG DAN ADA YANG KALAH
ASAL TAK KALAH TU YANG MUSTAHAK
MENANG MAJORITI 5 RIBU TAK TERMAKSUD WAN MALAYSIA AKAN MEMBUBARKAN DUN
KALAH SATU UNDI BERMAKSUD PUAK GEROMBOLAN united malays national organization TELAH KALAH LIMA KALI BERTURUT TURUT KETIKA BERDEPAN DENGAN PIHAK PEMBANGKANG YANG SERBA KEKURANGAN. INILAH HAKIKATNYA

fedup berkata...

suka kaulah Orang meja(chairman) kaga..yang penting cara BN n UMNO menjalankan kerja secara elok dan berhemah..takde sampai baling2 pompuan..paling tak berguna..nak cacaikan orang..lagi elok dari kalian semua asik membontot sesama kowg..cakap tak serupa bikin stetmen sendiri tak mengaku tuduh si cacai inilah..tabur janji sana sini terjubuk minta gak si cacai inilah bantu..jurang peratus kekalahan ini bagi aku sudah cukup membuktikan rakyat dah mula jelak dengan kowg..kot ye bagus..dapat majoriti ratus2 ke ribu2 ke..barulah boleh tulis macam tu..setakat 65 undi that's what we call luck..hari2 sekilo ikan free weehhh..meja kayu patah kaki tampung dengan besi keluli asik nak megah dengan tipu dan dengki di PRU akan datang lihatlah nanti..masa tu jangan nak nafikan lagi..sebab orang yang riak dan ego Allah takkan berkati..lebih2 lagi kalau pandai menipu..