Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah PRK Manek Urai. Keputusan telahpun diketahui malam tadi. Kemenangan tetap di tangan PAS walaupun nyawa-nyawa ikan (merujuk kenyataan Malaysiakini). Buat semua jentera BN di Manek Urai, syabas dan jutaan terima kasih.
Namun, kita tidak boleh lagi tidur lena dengan keputusan semalam. Banyak lagi perkara yang perlu perhalusi. Jadikan keputusan PRK Manek Urai semalam sebagai perintis dan semangan baru untuk kita terus pertingkatkan prestasi kita.
Keputusan semalam disebabkan 2 faktor utama. Pertama, masyarakat Manek Urai telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan baru Kerajaan untuk terus memberi keberkesanan dalam mengadili pembangunan Negara. Oleh itu, kita perlu terus meyakinkan masyarakat bahawa perjuangan kita tidak pernah luntur dan kita juga perlu meneruskan usaha bagi mengembalikan keyakinan rakyat di masa akan datang.
Keduanya, masyarakat Manek Urai semakin keliru dengan perjuangan dan agenda PAS. Mereka merasakan bahawa PAS semakin lemah di bawah gabungan Pakatan Pembangkang. Penolakan Kerajaan Perpaduan dengan sikap yang angkuh juga menjadi faktor pendorong kekalahan ini. Maka,kita perlu perkuatkan jentera BN, calon BN yang tewas perlu terus berkhidmat dan membantu masyarakat Manek Urai kerana kita tewas hanya majoriti 65 undi.
Tiada apa yang perlu diungkap. Hanya ucapan Alhamdulillah. Namun, ini bukan kemenangan kita. Ini adalah semangat baru, kekuatan baru dan inspirasi baru kita ke arah kestabilan politik. BN mampu melakukan yang terbaik selepas ini. Apa yang perlu hanya tingkatkan lagi prestasi kita. Ke arah 1Malaysia.
5 ulasan:
Rakyat Manik Urai sebenarnya keliru dengan wang yang ditaburkan serta rasuah jambatan yg dijanjikan.
Kalau dalam bola sepak, perlawanan antara BN vs PR ini boleh lah di ibaratkan PR menang 6-1. Itu pun orang UMNO masih nak bersorak konon-kononnya mereka hampir2 menjaringkan goal. Teruskan lah bersorak... hehehe
Pulak?... Inilah PAS.. Bila menang besar cakap suara rakyat lah, keramat lah, terima Islamlah..
Bila menang tipis. Bukan nak ngaku kesilapan sendiri. Dituduh kita bukan2...
Nak citer pasal pembangunan.. Dari dl BN masa kempen ckp akan berikan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Masa PRU 12 sama gk. Nape PAS menang besar? Sekarang menang NYAWA2 IKAN?
Bila kata PAS xbg pembangunan, ckp pasal royalti minyak.. mcm xde hasil lain. Balak pe citer?
Inilah PAS.. Xpenah ngaku kesilapan sendri.. Tu br menang tipis.. Kalo kalah ntah pe yg dituduh BN gaknya...
Memang pun.. Aku suka statement UMNO Gombak Selatan ni.. Tak takbur, bongkak..
Walaupun kalah tipis, UMNO Gombak Selatan masih lagi remind kita suh kerja keras.. Xmcm Pakatan.. Bila menang, BONGKAK.. Bila kalah, blame kita...
Sebenarnya rakyat Kelantan matang dalam berpolitik. Mereka menggunakan kuasa undi yang ada di tangan mereka untuk memilih yang terbaik untuk mereka. cuma 30% yang taksub kepada parti mereka samada Pas atau Umno, selebihnya mereka tidak taksub kepada mana2 parti.sebab itulah sejak merdeka, kerajaan kelantan telah beberapa kali bertukar parti yang memerintah. Ini tidak berlaku di negeri spt Johor yang taksub dan totok kpd Umno.
Umno juga bernasib baik kerana timing yang tepat ketika Pas dan PR bertelagah sesama mereka. Pas Kelantan juga 'eksyen' dan angkuh dengan menentukan siapa yang boleh dan tidak boleh berkempen; ini secara langsung merapuhkan jemaah mereka.
Tahniah kpd Umno terutamanya jentera pemuda di bawah Khairy yang betul2 bekerja keras untuk memastikan kemenangan di MU.KJ dan team betul2 pulun.Pemuda tidak silap memilih ketua mereka yang muda dan energetik. Terbukti undi golongan muda naik mendadak.
Satu lagi punca BN hampir berjaya menguasai MU adalah strategi BN tidak menurunkan DS Najib kerana beliau dan isteri menjadi liabiliti kpd Umno. Rata-rata rakyat Kelantan mementingkan islam pemimpin yang lebih 'Islamik'.
Sekiranya Najib turun ke MU, BN terpaksa berhempas pulas menjawab isu yang berkaitan dengan Najib dan Wanita Pertama terutamanya selepas keluarnya isu 'Wanita Puaka' di internet. Strategi BN menonjolkan Muhyiddin dan Mustapha Mohamad diakui sangat berkesan dan menghasilkan kejayaan.
Tahniah Umno!
Catat Ulasan