8/02/2009

DEMONSTRASI HARAM - MEREKA MEMALUKAN NEGARA SENDIRI.

Semalam berlangsung demonstrasi haram anjuran Gerakan Anti ISA (GMI) diterajui pembangkang bagi mendesak kerajaan memansuhkan Akta ini.

Pihak crew blog UMNO Cawangan Gombak Selatan kebetulan terpaksa ke Kuala Lumpur semalam bagi membeli barang-barang persiapan untuk program anjuran Rakan Muda Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas dan GPMS yang berlangsung hari ini.

Apa yang dapat kami lihat demonstrasi ini telah membangkitkan kemarahan di kalangan peniaga di samping ibu bapa yang kesal kerana terpaksa melindungi anak-anak mereka seperti berada di sebuah Negara yang tidak aman.

Kami juga turut berasa kesal dengan apa yang berlaku. Demonstrasi ini tidak nampak sebarang impak kepada Masyarakat dan Negara yang lebih selesa dengan keamanan yang diwajarnya dikecapi semua.

Sedih, kecewa, marah, kesal dan bengang. Itu reaksi peniaga dan masyarakat sekitar yang tidak terlibat dengan demonstrasi haram ini. Semalam adalah waktu yang sesuai untuk mereka membeli belah dan berniaga, tetapi terkandas di tengah jalan dek kerana demonstrasi haram ini. Ada peniaga yang merungut kerana mengalami kerugian yang besar.

Kami tidak menyalahkan pihak polis mahupun FRU. Mereka telah memberi arahan kepada penyokong pembangkang untuk bersurai. Tapi kedegilan penyokong taksub ini telah memaksa mereka untuk bertindak melepaskan gas pemedih mata.

Inilah realiti pembangkang. Cuba anda bayangkan jika pembangkang memerintah Negara kita. Adakah mereka menjamin keamanan? Tepuk dada, tanya hati....


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM ZIARAH UCGS..SEBENARNYA TIADA APA YG BOLEH MEREKA LAKUKAN SELAIN DR PROTES DAN MELAKUKAN PERHIMPUNAN HARAM. AGENDA ISA HANYALAH UTK MENGABURI RAKYAT DEMI MENGALIH ISU2 PANAS SEPERTI KES LIWAT ANWAR, KEGIATAN HARAM DAP SELANGOR, KEPINCANGAN DALAM HIERARKI PAS SERTA PERGOLAKAN DALAMAN MEREKA DRP DI KETAHUI RAMAI.

TP APA YG AMAT DIKESALKAN DI SINI IALAH ORG2 AWAM DAN PENIAGA2 YG TAK TERLIBAT MENJADI MANGSA KERAKUSAN SELAIN TERPAKSA MENANGGUNG KERUGIAN YG BUKAN SEDIKIT!.

SEPERTI SARANAN DS NAJIB MEREKA BOLEH MENGADAKAN DEMO DI STADIUM DIMANA MEREKA PERNAH LAKUKAN SEBELUM INI JIKA MEREKA MAHU. TAK PERLU MENYUSAHKAN PIHAK LAIN

fedup berkata...

kalu leher udah terjepit..semuanya bisa boleh pak..

mereka nampaknya cuba melarikan pandangan rakyat terhadap pergolakkan dalaman mereka yang bertambah pincang..yang ngekor bontot depa nie pulak sembrono membuta tuli ikut sahaja..mende la..

gua ada kat situ masa diowg nie wat hal..saaaaaaaaaakiiiiiiiit mata aku nengoknyer..siap bawak anak2 tu..dah asap ngan air tu betui2 memeritkan..tak kesian ker..

masa kat pasar malam..sedih lihat wajah akak abang adik acik yg tak semena - mena menjadi mangsa keadaan..siap salahkan pihak berkuasa lagi tu..yang puncanya sape..kowgkan..

semua yang ada buka mata dan minda..sebab sekor yg berjuta menanggung rugi...