8/07/2009

ISU ARAK DI SELANGOR - PAS CUBA JADI HERO KALAH MATI?

Sejak akhir-akhir ini kedengaran pelbagai spekulasi mengenai rampasan arak di sebuah Kedai Serbaguna yang mendapat tentangan hebat dari Exco Selangor, Ronnie Liu. Sikap lantang Ronnie Liu menyebabkan Dato' Dr. Hassan Ali berang dan mendesak beliau letak jawatan. Pelik, isu minuman keras pun boleh menyebabkan pergaduhan. Mungkin arak ini salah satu minuman kegemaran Ronnie Liu atau bahasa kasarnya, kaki botol.

Ada yang mengatakan ianya hanya sandiwara Pakatan Pembangkang. Ada yang mengatakan PAS cuba menjadi hero untuk membuktikan pada penyokong mereka bahawa mereka tidak pernah mengabaikan Agama Islam. Tapi kesudahannya, PAS akan kalah. Samalah seperti sebelum ini.

Inilah dinamakan kerjasama telus dari Pakatan Pembangkang. Sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam bekerjasama dengan sebuah parti yang amat memertabatkan sekular. Isu arak pun, bergaduh, sehinggakan masing-masing nak pertahankan ideologi. Benarkah?

Cakap pasal sandiwara, sememangnya pihak kami pelik, setiap kali menjelang pilihanraya kecil, ada saja isu yang berlaku antara PAS, PKR ataupun DAP. Mungkin 'kebetulan' kot..

Kepada rakyat Malaysia. Inilah Pakatan Pembangkang. Anda melihat situasi ini. Anda simpulkanlah sendiri. Jangan lihat kelemahan kami. Kerana Pembangkang sentiasa mengherdik kami, memaki hamun kami dan menghina kami. Tetapi, orang yang menghina ini, rupa-rupanya lebih teruk dari yang dijangkakan. Inilah akibatnya apabila orang seperti ini dijulang sebagai pemimpin, sehingga mengenepikan semangat Perpaduan sesama Islam.


9 ulasan:

kulup_Arapayung berkata...

Biak pi la dia nak jadi hero bagi perkara benar. Hang sibok buat apa? Patutnya berila sokongan.

Tanpa Nama berkata...

Ya, isu yang dah tentu kalah dan mati. PAS mana berani nak lawan DAPigs pasal depa ramai 'Abang Busat". PAS apa ada...??? kaki kelentong busat je.... berkokok macam handal. Bila tewas salahkan orang lain.

fedup berkata...

si hassan nie kejap suruh letak kejap kata tidak..mana yang betui nie..itu pun kowg nak sokong percaya diowg nie lagi..pleaselah..

PAS tu saja jer..nie kan PRK kat Permatang Pasir tak lama lagi..paham2 saje la..kalah mati kalah menang ker yang kit atahu diowg pemain wayang kulit yang tebaik di m'sia sehingga boleh membelit fakta..Islam pada parti kowg jer la..cakap owg sekular..siapa sekular skank..

Tanpa Nama berkata...

SLM UCGS..SEPERTI BIASA PAS BAGAIKAN DI GAM LIDAH DAN KELU TAK TERKATA APABILA DIBENTAK OLEH RONIE LIU A.K.A KETUA GENGSTER. WALAU PUN DI BANTAH SEKERAS MANA PUN TIADA SATUPUN TINDAKAN YG BOLEH MENGUGAT DAP DI SELANGOR.

DI TAMBAH PULA DENGAN KEJENGKELAN PEMUDA DAPSY YG TERANG2 MENGHINA USTZ RIDUAN TEE DENGAN BGITU TERUK SEKALI NAMUN PEMIMPIN PAS TETAP MEMBISU BAGAIKAN TIADA APA2 YG BERLAKU. NAMPAK SGT MEREKA NI LEBIH MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN PARTI DR AGAMA SENDIRI

Ct berkata...

Hero bagi perkara benar?

Apa yang benarnya kalau pihak Kerajaan Selanogr tidak luluskan.. Ir. Khalid Samad pun kata bincang cara baik...

Sebelum ni pun macam2 PAS buat, bila DAP xsetuju, PAS redha...

Tula, sombong bodoh.. Nak wat kerajaan perpaduan, dikatanya Pergi Jahanam UMNO.. UMNO ajaran sesat..

Sekarang ni, mana perjuangan Islam anda...? Da pakat dengan DAP, Punahlah Islam...

hujan emas berkata...

Hujan emas Felda berkata....

Aku pun tak berapa caya sangat mainan dia orang, bak berlakon memang dia orang habat.Tapi kalau bak arak nipun PAS nak bersendiwara lebih baik dia orang sendiri yang jual arak.

PEJUANG CYBER berkata...

Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

Tanpa Nama berkata...

wahai org umno apa kamu buat sedangkan kat 7-e danau kota pun jual arak? kedai kk pun jual arak.. tu korang tak bising kerr? sebelum nak bising aku nak tanya korang apa umno buat selama 52 thn tak niat ker tak nak jual tempat terbuka seperti 7-e tak pun kk? sebelum nak kata org cermin diri tu dulu.kamu berani ker nak tegur pm kamu luluskan 10 lesen judi special draw tu?

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya yang lantang menghina UMNO mengenai isu Arak adalah dari pihak PAS.

Kita tidak pernah menyekat penjualan arak.. Malah di mana2 tertera menyebut arak diharamkan untuk Umat Islam membelinya.

Namun, PAS tetap menghina kami dan menjanjikan penjualan arak akan dicatu setelah mereka memerintah... Sampai cakap pemimpin UMNO pun minum arak..

Sekarang? Apa cerita? Sudah lah.. isunya bukan arak sebenarnya. Isunya tuduhan maki hamun PAS terhadap UMNO mengenai Islam, kini PAS sendiri tersepit... Sekongkol la dengan DAP tu...