8/04/2009

PAS - DAP SELANGOR BERPERANG - RONNIE LIU KETUA SAMSENG? KAKI BOTOL?

Lepas satu, satu kemelut politik negeri Selangor. Bermula dengan dakwaan wujudnya rangkaian samseng dengan Exco kerajaan negeri itu, kemudian Naib Presiden PKR Azmin Ali mendesak agar rombakan dibuat terhadap barisan Exco Selangor, muncul pula kes-kes penyelewengan peruntukan wakil rakyat di kalangan Exco dan ADUN.

Terbaru, sekutu parti yang membentuk kerajaan campuran di negeri berkenaan, PAS membuat desakan terbuka agar Exco Kerajaan Tempatan , Penyelidikan dan Pembangunan, Ronnie Liu digugurkan daripada barisan Exco negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dalam kenyataanya hari Selasa mahu Ronnie digugurkan kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum. Malah secara khusus, Dr Hassan berkata, Ronnie juga sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan.

Kenyataan terbuka PAS itu berpunca daripada tindakan Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang dirampas daripada peniaga yang melanggar peraturan.

Ini bukan serangan pertama terhadap Ronnie kerana sebelum ini beliau dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabatnya turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.

Ronnie sendiri mengakui sebelum ini memang ada usaha dari dalam DAP dan pakatan pembangkang sendiri untuk menjatuhkan beliau. Untuk rekod, Ronnie kini mempunyai kes di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.

Sejak era reformasi pada tahun 1998, Ronnie adalah kalangan pemimpin DAP yang dilihat memainkan peranan penting dalam DAP menjalinkan hubungan dengan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah beliau sering terlibat dengan ‘usaha belakang tabir’ antara DAP dan PKR.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ala dah masak dgn taktik diaorg ni. Asal ada pilihanraya kecil jer mesti buat2 mcm bergaduh. Lepas tu nanti berlakon ugut nak keluar dari pakatan. Last2 sekali buat2 mesyuarat kemudian buat press conference kata semuanya dah selesai cara muafakat pakatan. Tak pernah ke mana pun konflik diaorg sebab ni semua lakonan yg skripnya telah disediakan awal2.

Skrip yg sama kalau di ulang2 penonton boleh mengagak kesudahannya serta penonton akan muak. Keikhlasan mereka ini dalam satu2 issue boleh diragui. Kita lihat dan tunggu sahajalah apa pula kesudahan skrip kai ini.

Anak Lenggong berkata...

Jangan tak tau isu ni sengaja diadakan sebab nak dijadikan isu oleh PAS bila mengatakan mereka benar-benar islamik..menjelang pilihanraya di permatang pasir..jangan jadik serupa lakonan azizan dan dap di kedah masa menjelang pilihanraya manik urai...keluarje isu pastu berbaik semula...so berhati-hatilah..

YB Raz berkata...

ronnie ni memang cina celaka. sama tahap dengan karpal anak beranak. eloknya seluruh orang melayu saman je cina ni.

orang pas tu serius ke nak suruh dia digugurkan atau sekadar "cakap cakap aje" bagi sedapkan hati pengikut sendiri.

fedup berkata...

mmg itulah sandiwara mereka..anugerah skrin ker sri angkasa ker..ffm ker kasi jer trofi tu kan diowg..silap2 dapat oscar tu..

apa yang nampak sekarang merka sudah mula memainkan lagi drama episod yang sama tapi tukar pelakon..BN n UMNO kena mask dengan hal ini..jgn kita lak jadi penonton setia..

aku nak nengok reaksi DAP lak..kenkawan kita kena kekang hal ini agar kita dapat kemenangan di permatang pasir nanti..

Pemuda Telok Datok berkata...

Salam..
Inilah tanda-tanda awal KEJATUHAN kerajaan PR di Selangor.Ayuh rakan-rakan kita bangkit!Jangan beri peluang kepada mereka ini.Samada sandiwara atau tidak PERJUANGAN kita harus diteruskan..

hujan emas berkata...

Jangan kita percaya pada puak ni. Kenapa sekarang baru berbunyi, dah berjuta botol dijual,sekarang baru nak bising.Nak tunjuklah tu, mereka berjuang untuk Islam, kan dekat dekat pilihanraya kecil.
Lakonan yang melucukan.

Al Haadi berkata...

well bro, aku ada cadangan, dan cadangan ni aku dah pikir sejak tahun yang lepas, nak mintak usulkan supaya kita perkasakan Persatuan-Persatuan Silat yang ada, ramaikan ahli, gelanggang dan persatuan di seluruh Selangor. kita dah mula di Kuala Langat