8/06/2009

ZULKIFLI NORDIN MAHU RONNIE RIU DIBUANG TERUS DARI PAKATAN.


Ada dua pandangan yang berbeza daripada dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila PAS Selangor menuntut Exco Rionnie Liu ditukarkan portfolionya kerana sering mencampuri urusan pentabdiran pihak berkuasa tempatan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ulasannya menolak mentah-mentah desakan PAS tersebut. Namun Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin memberikan ungkapan yang menarik “gugurkan Ronnie sebelum pakatan digugurkan”.

Sementara Khalid menganggap desakan tersebut tidak dapat diterima kerana kerajaan negeri menganggap ia bukan isu, Zulkifli pula menganggap kehadiran Ronnie dalam barisan Exco Selangor kini sudah menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang yang membentuk kerajaan campuran di Selangor. Berita sebelum ini: Pakatan Selangor terus berkocak...PAS desak Ronnie Liu ditukar portfolio.

Berikut merupakan kenyataan YB Zulkifli Nordin.

Salam 2 all.

Belum pun reda isu YB Azmin Ali, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak & ADUN Bukit Antarabangsa yang mendesak supaya barisan exco Kerajaan Selangor dirombak, kini meletus pula isu baru. Desakan YB Azmin tersebut dipercayai kerana terdapat persepsi dikalangan masyarakat umum khususnya dikalangan ahli perniagaan di Selangor bahawa kalau mahu mendapat sesuatu perkara bergerak di Selangor, "jumpalah dua tiga Exco ni, sure lulus punya!!".

Hari ini Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Gombak Setia merangkap Exco Hal Ehwal Islam & Infrastruktur Kerajaan Negeri Selangor, YB Datuk Dr Hassan Ali dalam kenyataannya secara terbuka mendesak supaya YB Ronnie Liu (DAP) digugurkan daripada barisan Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum.

YB Dr Hassan Ali secara khusus merujuk kepada tindakan YB Ronnie yang sering campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan. Kenyataan terbuka YB Dr. Hassan Ali itu berpunca daripada tindakan YB Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang telah dirampas daripada peniaga-peniaga yang melanggar peraturan.

Baru-baru ini YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mendedahkan bagaimana terdapat ahli Exco yang dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabat Exco tersebut turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu. Akibat kenyataan itu, YB Ronnie Liu telah membidas YB Wee Choo Keong walaupun YB Wee langsung tidak menyebut nama beliau atau mana-mana ahli Exco.

YB Ronnie Liu juga mempunyai kes pertuduhan jenayah di Mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.

Melihat kepada keadaan ini, saya mengambil pendirian bersetuju dengan desakan YB Datuk Dr. Hassan Ali supaya YB Ronnie Liu segera meletakkan jawatan. Kehadiran beliau kini adalah satu liabiliti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Sekiranya beliau enggan meletak jawatan, saya mendesak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor supaya mengambil langkah segera menggugurkan YB Ronnie Liu daripada barisan Exco Kerajaan Selangor, sebelum rakyat mengambil tindakan menggugurkan Kerajaan Pakatan Rakyat pula.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Balik2 skrip yang sama jer bila ada pilihanraya kecil.

PAS – suruh gugurkan YB Ronnie
DAP – akan ugut nak keluar dari pakatan
PKR – Bang Nuar akan panggil mesyuarat
BN – akan kata pakatan dah goyang
klimaksnye : Semuanya selesai atas muafakat cara pakatan selepas bang Nuar panggil mesyuarat. Last2 sekali dikatakan ni semua konspirasi BN.

Tukar2 le skrip sket. Tambah makhluk asing dari planet Marikh ke aper ke. Dah selalu sgt la skrip ni digunakan. Panel skrip kena lebih kreatif supaya penonton tak kebosanan serta boleh mengagak kesudahan skrip ni.

Tanpa Nama berkata...

Confirm, Mat Gagap takkan buang Bapak Gangster tu. Hutang Mat Gagap kat Gang Along Ron92 belum habis bayar lagi.

fedup berkata...

setiap kali ada pilihanraya ada saje isu yang diowg kuar..itulah inilah..saja nak menangguk di air keruh..dalam hal ini air arak la..

tak payahlah kita nak ikut sangat hal diowg nie sebab sudah terangan2BN ngan UMNo yang kena sepak dek penipuan diowng nie..

rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan..