9/12/2009

PEMILIHAN UMNO - SISTEM KUOTA HAPUS SERTA MERTA

Sistem kuota pertandingan jawatan UMNO yang sering menjadi polemik setiap kali menjelang pemilihan parti itu kerana dianggap tidak demokratik dan galak politik wang akan berkubur tidak lama lagi.Serentak dengan itu sudah pasti jumlah perwakilan UMNO yang berkuasa menentukan siapa yang dipilih akan lebih dari 2,500 orang seperti sebelum ini.

Ini dua perkara utama yang dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di ibupejabat parti itu di PWTC petang Jumaat.

Sistem kuota diperkenalkan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pemilihan parti yang hangat tahun 1987 dimana beliau berentap dengan Tengku Razaleigh Hamzah.Dibawah sistem itu calon jawatan Presiden perlu dapat 30 peratus pencalonan dari 191 bahagian UMNO manakala Timbalan 20 peratus dan Naib Presiden 10 peratus.

Sistem ini juga melibatkan pemilihan jawatan sayap parti Pemuda,Wanita dan Puteri.Sebelum ini kisah kejar mengejar untuk mendapatkan jumlah pencalonan yang mencukupi kuota menjadi perhatian menjelang pemilihan parti.


1 ulasan:

Nasibah Ismail berkata...

assalammualaikum
terima kasih kerana sudi melawati blog pergerakan puteri bahagian arau. maaf kerana lambat memberikan respon. agak sibuk kebelakangan ini dan sekarang dalam proses mengemaskini blog puteri arau.
NASIBAH ISMAIL
KETUA PENERANGAN PUTERI ARAU
KETUA EDITORIAL BLOG PUTERI ARAU