10/22/2009

TIAN CHUA KENA TINDAKAN MAHKAMAH - PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BATU???

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas. Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu. Maka satu pilihanraya kecil di Parlimen Batu akan dibuat jika rayuan Tian Chua ditolak.

Tian Chua bersama George Soros.


Adakah ia benar-benar akan berlaku? Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan akan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Namun, jika tiada pilihanraya sekalipun di Parlimen ini, khidmat BN akan tetap diteruskan kerana Parlimen Batu banyak berjasa dengan kami satu ketika dahulu. UMNO Cawangan Gombak Selatan dahulunya bernaung di bawah UMNO Bahagian Batu.

Sama-sama kita tunggu perkembangan terkini dari SPR...

2 ulasan:

Detguaq berkata...

Dari segi analisis terbaru, bagaimana dengan sikap rakyat yang boleh mengundi disana? Adakah mereka masih memakan hidangan politik takberzat dari TC atau mereka bersedia untuk mengigit TC kembali dan mengangkat kembali UMNO/BN kembali kepangkuan mereka?

abe MIE 'TERJAH' berkata...

lepas nie tian chua gigit jari