11/10/2009

ISU BA'IAH - PAS GILA TALAK, TAKUT 'BINI' LARI !!!!

Isu Bai’ah – sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri membabitkan wakil rakyat PAS yang ‘lompat atau keluar’ parti terus jadi tumpuan media selepas perkara itu didedahkan ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad minggu lalu.

Malah, pada Seminar Khas Memperkasakan Parti oleh PAS Sabtu lalu, isu itu turut dibangkit tetapi Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan Bai’ah dalam PAS sehingga isteri tertalak tiga. Kerana kecelaruan disebabkan ada kata PAS amalkan Bai’ah dan ada pula menafikannya, beberapa wakil rakyat parti itu menjadi buruan media di Lobi Parlimen, Isnin.

Selepas beberapa orang ditanya soalah tentang kebenaran amalan itu, jawapannya masih pusing-pusing kerana ada yang kata ya dan ada pula kata tidak.

Bekas Naib Presiden dan kini angggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa ketika menjawab isu itu membayangkan amalan Bai’ah memang ada malah beliau mempertahankan Bai'ah yang wujud dalam parti itu. Cuma Exco Kerajaan Kelantan itu memberi alas an, Bai’ah bertujuan mengelak wakil rakyat mereka dibeli oleh UMNO.

Beliau menyorot kembali kononnya ketika PAS mentadbir Kelantan dengan perbezaan satu kerusi, wakil rakyat parti itu dikatakan ditawar wang ringgit untuk ‘lompat’ serta Barisan Nasional tetapi dengan Bai’ah ini, perkara itu tidak berlaku.

"Saya rasa isu Bai'ah dibangkitkan oleh UMNO sebab mereka tahu mereka tidak boleh rampas wakil rakyat PAS. Kalau kita menang atas tiket mana-mana (parti) kemudian kita lompat parti lain, ini salah dari segi hukum. Bai'ah ini ialah bagi mempertahankan amanah ini," katanya yang hadir di Parlimen untuk mendengar penggulungan kerajaan selepas perbahasan Bajet 2010.

Husam berkata tidak ada hukum menyatakan Bai'ah itu salah dan beliau sendiri secara sukarela menerimanya bukan bertujuan menganiaya kaum wanita.. Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, beliau berdolak dalih ketika ditanya wartawan kebenaran amalan Bai’ah di kalangan pemimpin parti itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyatakan bahawa di Kedah pemimpin atau wakil rakyat PAS tidak pernah diminta melafazkan ikrar Bai'ah atau cerai talak tiga seperti didakwa oleh Khalid.

"Isunya sekarang ialah tiada siapa yang mahu menceraikan isteri malah nak tambah lagi adalah, dan tidak ada arahan pun untuk berbuat demikian. Kami juga tidak tahu kerana di peringkat pusat pun tidak ada arahan seperti ini," katanya.

Ahli Parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo Ghazali ‘tutup mulut’ bila diaju soalan mengenainya amalan Bai’ah .Beliau memberi alasan mendapat maklumat bahawa Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali akan buat penjelasan.

Namun, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayob mempunyai jawapan lain. Mengenalinya, beliau memang seorang yang amat berhati-hati menjawab isu berkaitan parti itu. Jawapan selamatnya adalah Majlis Syura PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan Bai'ah iaitu sumpah taat setia seperti akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.

"Secara rasminya tidak ada kenyataan atau arahan daripada Majlis Syura tentang perkara ini. Tunggulah jawapan rasmi daripada majlis itu," katanya. Beliau berkata Bai'ah memang dilakukan oleh pemimpin parti pada hari pertama mereka memegang jawatan tetapi ia sama seperti sumpah jawatan dan simpan rahsia, tetapi bukan seperti yang didakwa.

Disebalik perbezaan pendapat kalangan pemimpin PAS ini, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin tidak bersetuju tindakan PAS menggunakan Bai'ah talak itu kerana menganggapnya seolah-olah memperkecilkan kedudukan wanita.

Kata Ahli Parlimen Ampang itu, kaum wanita yang menjadi isteri kepada wakil rakyat PAS tidak sepatutnya dijadikan cagaran kerana ada antara mereka tidak terlibat dalam perjuangan parti itu. "Bai'ah memperkecilkan kedudukan wanita, hakikatnya kita faham sekarang bahawa ada kaum perempuan dan isteri-isteri wakil rakyat yang tidak terlibat dengan perjuangan parti. Mengapa isteri yang menjadi sasaran," katanya.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, dalam Islam memang ada lafaz taklik dalam perkahwinan tetapi hanya jatuh talak satu jika sabit kesalahan terhadap suami.

Katanya, dalam isu ini sama ada taklik atau Bai’ah, ianya akan menyebabkan ikrar disudut hukum dan jatuh talak jika berlaku pelanggaran syarat tertentu.

“Moral dari cakap-cakap seperti ini (isu Bai’ah dalam PAS) saya melihat institusi keluar sewenang-wenangnya diletakkan dalam keadaan begitu mudah dipermainkan. Persoalan besar isu ini adalah untuk mempertahankan dokongan parti politik, diperjudikan keluarga sendiri dan penganiayaan pada wanita," katanya.

Beliau yang turut jadi tumpuan media di Lobi Parlimen menjelaskan, Dewan Ulama dan Muslimat PAS perlu menjelaskan perkara ini sama ada benar atau tidak Bai’ah sehingga jatuh talak tiga terhadap isteri diamalkan pemimpin parti itu.

“Kalau ada kebenaran seperti disebut ini, isteri mahupun anak perlu diberitahu kerana nasib mereka diperjudikan begitu rupa. Dalam Bai’ah (PAS) ia bukan seperti talak satu dalam taklik sebalik talak tiga menyebabkan terputus hubungan dengan suami serta pengabaian terhadap anak-anak,” katanya.

Ditanya sama ada perkara ini perlu dibincangkan di peringkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jamil Khir berkata, beliau perlu terlebih dahulu mendengar penjelasan PAS mengenai kebenaran dakwaan amalan itu.

Persoalannya sama ada benar atau tidak Bai’ah jadi amalan dalam PAS, jelas ini satu lagi bukti Islam diperalatkan parti itu malah nasib wanita diperjudikan bagi kepentingan parti.

Pemimpin PAS khususnya Ketua Dewan Ulama, Majlis Syura mahupun Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu jujur memberi jawapan terhadap isu ini.


1 ulasan:

fedup berkata...

Salam tabik UCGS..

kan ako dah cakap..bini jai taruhan..dah macam2 jaman tok kadok..wanita jadi pertaruhan (kang cakap zaman feudal marah lak)..kenapa dewan muslimah tergigit lidah daim seribu bahasa..kenapa kak LOLO dan cik kak cik kak dalam PAS membatu semuanya..sanggup ker tengok ramai di kalangan wanita esok menjanda gara2 ba'iah..oh lupa..mereka nie kan semuanya membela rakyat..

yang herannya nape lak 'Hantu Zuraida' yang yang mengilai tak tentu pasai..hellooo..ini hal PAS bukan PKR laa..dia nie selalu salah masuk laaa..meluat nengok..masa Dr Asri kena tahan dia gak menggila..aiyooo makcik imej anda sebagai mak tu tunjuk2 la..ntah2 dia pon takut gak kena tenpias ba'iah nie kut..teng teng teng..