12/03/2009

DOA SEORANG TOK GURU, KU LI 'HERO' KELANTAN? - KENAPA DAP TAK PIJAK GAMBAR PENGANJUR 16 SEPT. ?

Setelah seminggu Blog kami tidak beroperasi, kini kami kembali menyatakan pendirian mengenai isu politik tanah air. Pelbagai isu yang telah kami tinggalkan. Antaranya mengenai tindakan Tok Guru PAS, Datuk Nik Abdul Aziz yang telah mendoakan Perdana Menteri kita di laknat Allah kerana tidak memberikan Royalti Minyak kepada mereka. Tiba-tiba pula isu Royalti Kelantan dibangkitkan setelah hampir 20 tahun PAS memerintah Kelantan. Kenapa tidak diperjuangkan isu ini semasa mula-mula memerintah Kelantan dahulu?

Tindakan Tengku Razalegh mempertahankan hak Royalti Minyak Kelantan juga menjadi tanda tanya. Walhal semasa beliau bersama PAS di dalam Semangat 46, tidak pula membincangkan isu ini. Tidak pula beliau lantang mempertahankannya. Kenapa kini baru berlagak semacam Hero Kelantan kononnya hendak membela nasib rakyat Kelantan yang dipelihara di bawah payung Kerajaan PAS?

Minta maaf jika kami bersikap kurang ajar dengan Tengku Razaleigh. Tapi, apa yang kami utarakan adalah hasil rasa kecewa ahli-ahli UMNO terhadap bekas Presiden Semangat 46 ini. Jagalah Kelantan terlebih dahulu. Pastikan rakyat terbela. Tak usah nak cari populariti tak tentu hala. Pastikan BN kembali merampas Kelantan. Itu yang penting. Selepas itu, baru boleh kita bela rakyat Kelantan. Tak perlu kita hendak menumpang kejayaan Pembangkang yang putar alam macam ini.

Lain pula cerita DAP. Rabu Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mengadakan sidang akhbar di bangunan parlimen untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan beberapa pemimpin parti itu memijak poster wajah tiga anggota Bebas Dewan Undangan Negeri Perak semasa konvensyen parti itu di Ipoh Ahad lalu.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping terpaksa memohon maaf bagi pihak DAP setelah tindak tanduk mereka memijak gambar Hee Yit Fong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering dikecam hebat berbagai pihak termasuk oleh para Ahli Parlimen PKR.

Beliau memberi alasan perbuatan memijak itu bertujuan menunjukkan rasa keji terhadap tiga ADUN Perak itu kerana berpaling tadah daripada prinsip demokrasi, kawasan Parlimen mereka serta parti sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan pembangkang.

Kor Ming tegas berkata parti itu menentang budaya 'lompat parti'. Ramai yang bertanya bagaimana agaknya bentuk kenyataan Setiausaha DAP Perak itu misalnya jika gerakan 16 September Anwar menjadi kenyataan dimana pakatan pembangkang menguasai kerajaan pusat kerana tindakan melompat para Ahli Parlimen BN.

Jawabnya seribu satu macam alasan akan diberi untuk ‘ menghalalkannya’. Makanya memang menarik untuk mendengar Kor Ming mendakwa kesediaan memohon maaf itu kerana DAP adalah parti yang berbudi bahasa, dan tidak bertoleransi kepada pengkhianat rakyat.

''Ini adalah budaya yang tidak sihat dan kita 100 peratus tidak bersetuju kerana kita berpegang teguh kepada prinsip parti,'' katanya. Nga Kor Ming berharap melalui kenyataan minta maaf itu isu pijak gambar itu akan dapat diselesaikan secepat mungkin. ''Kita manusia kadang-kadang ada buat silap, tetapi kita memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung perasaan," katanya.

Kejinya melompat parti. Dulu masa Anwar sibuk canang satu dunia mengenai Projek 16 September, tak ada pula dikatakan keji. Disokong, ikut sahaja ke mana Anwar pargi. Gila talak. Sekarang, bila 'orang' kamu yang keluar parti dan menyokong BN, dipijak-pijak pula orang tu. Kenapa tak pijak sahaja gambar Anwar Ibrahim? Bukankah pemimpin kamu itu yang memberi idea Lompat Parti? Kenapa hendak disalahkan BN pula? Kami menerima sesiapa sahaja yang menyokong kami.

Yelakan. Bila orang kami lompat ke parti kamu, dikatakan perjuangan ikhlas. Bila orang kamu sertai kami, dikatanya rasuah. Bukti tak ada, tuduh bagai nak gila. Kamu sahaja yang telus... Telus ke, cari fulus? Wallahu A'lam.

Inilah cerita dongeng Pakatan Rakyat. Apabila keandusan isu, dicari isu.



p/s : Kalaulah Ku Li masuk PKR, DAP taknak pijak gambar Ku Li ke? - Ku Li, think before you act.


5 ulasan:

Mohd berkata...

Jgn risau Ku Li mana nak masuk parti PKR, Kelantan kubu kuat PAS, kalau nak rampas balik, kasi jawatan dekat Ku Li, kalau setakat pemimpin yang ada sekarang, susah nak dapat Kelantan..Sebenarnya dalam UMNO ada orang takut kalau Ku Li naik, itu sebab Ku Li selalu ditekan walau jasanya amat besar..faham tak?

Jeepers Creepers berkata...

Menyeru kepada seluruh orang melayu islam di negara ini untuk mendoakan kesejahteraan kepada Dato Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau berserta seluruh rakyat Malaysia. Doakan semoga Allah s.w.t melindungi dan merahmati kita semua.

Tidak lupa juga doakan supaya Nik Aziz dan seluruh orang melayu islam di dalam Pakatan Rakyat mendapat hidayah dan dan keampunan dari Allah s.w.t

Anak Kelantan berkata...

Ku Li memang macam tu.. Cari populariti je lebih.. Sebenarnya dialah punca PAS perintah Kelantan sampai sekarang... Masa PAS menang 1990 kt Kelantan dl, sapa yang bersekongkol dengan PAS, Semangat 46...

Sekarang ni, da masuk UMNO dok bising lagi..

Kepada Mohd saya nak bagitau, UMNO pernah bagi peluang dkt Ku Li dl jadi Pengerusi BN Kelantan, apa dia buat?

Saya bukan nak hina pemimpin UMNO macam Ku Li. Kita akui dia ada jasa pada parti. Tapi, janganlah dok buat kacau pecah belahkan parti.

Royalti, kalau betul Ku Li nak perjuangkan Royalti, dari dulu dia perjuangkan dah. Nape sekarang baru nak bising? Sedang elok masa PAS Kelantan bising gak..

Saya kecewa dengan pemimpin UMNO Kelantan macam Ku Li ni. Asyik buat kacau je. Tak senang duduk.. Sudahlah.. Kamu sebagai orang lama patutnya kumpulkan pemimpin UMNO Kelantan, bersatu... Bela nasib rakyat kelantan..

Sedih...

Tanpa Nama berkata...

Salam,gua sokong lu anak kelantan,sapa2 yg lama dlm politik ni tahulah siapa itu Ku Li...

Tanpa Nama berkata...

Tg Razaleigh ni pelir lembik. tu je boleh bagi gelaran pada dia. pelir mambar