12/04/2009

ISU TAULIAH, SALAH UMNO JUGAK? - KHALID SAMAD BUTA, HASAN ALI TIKAM DIA!!

Beria-ia benar Ahli Parlimen PAS Shah Alam mahu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu memberikan semula tauliah kepadanya untuk mengajar dan berceramah di negeri itu. Bahkan beliau muncul dengan dakwaan terbaru mengaitkan UMNO punya angkara disebalik tindakan JAIS menarik balik tauliahnya pada 28 Oktober.

Mengikut Khalid yang juga Ketua PAS Kawasan Shah Alam, UMNO bahagian itu berusaha menyekat beliau serta dua lagi anggota Exco Kerajaan Negeri , Yaakob Safari serta Rodziah Ismail.

Kononnya dengan tindakan itu mereka tidak lagi boleh masuk masjid beri ceramah mahupun mengajar dan pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor dilihat seolah-olah anti Islam. Kata Khalid, UMNO anggap Shah Alam macam batu permata sebab itu mesti ditawan pada pilihan raya akan datang sama ada kerusi parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah dalam sidang media di lobi parlimen Rabu, beliau berterus terang menuduh pegawai atasan JAIS mengikut telunjuk UMNO kerana mereka bekerja di bawah pentadibran kerajaan BN sebelum ini.

Dalam hal ini, Khalid nampaknya lupa bahawa banyak pihak tahu krisis beliau dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang membawa pengugurannya daripada menganggotai pimpinan PAS negeri tahun lalu.

Pemimpin serta ahli PAS terutama di Selangor tahu kedua-dua mereka sedang ‘berperang’ walaupun masing-masing cuba senyum antara satu sama lain ketika berjumpa dalam mesyuarat perhubungan PAS negeri.

Perbalahan mereka berdua juga sudah sampai kepada lembaga disiplin parti dengan Khalid dan Dr. Hasan masing-masing sudah dipanggil memberi keterangan dan kini mereka hanya menunggu tindakan susulan.

Khalid juga mengakui beliau dipanggil lembaga disiplin parti kerana aduan beliau berterusan bercanggah pendapat dengan Pesuruhjaya PAS negeri iaitu Dr Hasan. Ambil kira sebab-sebab ini, Khalid tidak sepatutnya tunding jari kaitkan UMNO sebagai punca tauliahnya ditarik balik oleh JAIS.

Kenapa beliau tidak berani tuduh Dr Hasan kerana pesuruhjaya PAS negeri itu juga adalah Exco berkaitan agama di Selangor? Persoalan ini yang perlu dijawab Khalid.

Berbalik soal tauliah, ada pihak berpendapat Khalid beria-ria mahu diberikan tauliah bukan semata-mata supaya boleh mengajar agama mahupun ceramah tetapi dipanggil ‘ustaz’. Dengan gelaran ustaz, Khalid akan lebih mudah diterima pemimpin serta ahli-ahli PAS.

Ini menunjukkan bahawa beliau adalah pemimpin ulama yang jadi teras pimpinan dalam PAS. Sebelum ini, Khalid menafikan menggunakan penduduk setempat untuk memberi tekanan terhadap JAIS yang menarik balik pemberian tauliah mengajar agama kepadanya.

Ini kerana pembantu beliau Mohd Jamil Abdul Rahim terbabit dalam mengumpul lebih 650 ahli kariah di kawasan itu yang menandatangani memorandum bantahan yang diserahkan kepada JAIS baru-baru .

Bagaimanapun, dalam masa sama sekumpulan lagi penduduk kariah menyatakan sokongan terhadap tindakan JAIS menarik tauliah Khalid. Dalam sidang media itu, Khalid menjelaskan beliau akan merayu kepada kerajaan negeri serta Sultan Selangor jika MAIS atau JAIS mengekalkan keputusan menarik tauliahnya sebelum ini.

Wahai Khalid Samad, JAIS di bawah pengelolaan Kerajaan Negeri. Kenapa nak salahkan UMNO juga? Kalau berani, jumpa 'sahabat' kau tu, Dr. Hassan Ali. Dia yang 'handle' JAIS. (Exco Agama) Apa pula kaitan UMNO dengan JAIS? Khalid Samad sewajarnya tanya pada 'sahabat' kamu, Hasan Ali.

Entahlah... Macam-macam masalah berpunca dari mereka, disalahkan UMNO juga. Tak pernah mengaku kesilapan sendiri.


1 ulasan:

Pak Lurah Palong 9 berkata...

SALAM PERJUANGAN !!!
BUAT RAKAN RAKAN DALAM UMNO,

Semuga berada dalam lindungan allah selamat hendak nya,
pertama taniah diatas usha usha yang telah dijalan kan sepanjang tahun yang lalu tahun 2010,semuga usha murni akan menjadi ikutan oleh rakan rakan salam dari pak lurah AJK BHG UMNO JEMPOL NS