Inikan pula dua orang serentak yang habis kontrak secara sukarela kata mereka tidak mahu sambung. Sebab itu walaupun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa memberitahu Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Haron dan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana tamat tempoh kontrak dan bukannya diberhentikan atas sebab tertentu ekoran kemelut politik dalaman PAS,desas desus hangat berlegar.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan harian PAS di kediamannya di Kota Bharu Menteri Besar itu berkata kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diganti bila-bila masa dengan orang lain apabila sampai tempohnya. "Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba," katanya. Desas desus yang berlegar bukannya tidak berpunca.
Malah anak Nik Aziz yakni Nik Abduh dalam blognya pernah menghentam pegawai tertentu di pejabat Menteri Besar yang dakwanya beri nasihat salah kepada bapanya. Annual yang memegang jawatan sejak tahun 1999 dan Mohd Saiba pada 2003 diketahui umum rapat dengan Husam.
Kebetulan tulisan terbaru Husam dilaman blognya yang menyentuh tentang perlunya pengasingan urusan keluarga dengan kerajaan dikatakan semacam ‘ ada makna’. Ada yang membaca ia ada kaitan dengan isu Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang akan melepaskan jawatan CEO PMBK hujung Mac ini.
Isu melibatkan menantu Nik Aziz ini dilihat telah menjadi isu keluarga bila isterinya Nik Amalina tampil membela suaminya dalam laman blognya. Desas desus kononnya Husam juga sedang berkira-kira nak letak jawatan Exco turut terbesar luas. Dalam sidang akhbar itu Nik Aziz begitu marah bila diberitahu ada laman blog yang mainkan isu berkenaan dan juga tentang dua pegawainya yang nak berhenti itu.
Mana boleh dia letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata Menteri Besar itu. Sambil menyifatkannya sebagai karut, Nik Aziz berkata , “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”
Sementara itu Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Alwi Che Mat menilai perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan kebelakangan ini Nik Aziz hanya dibela oleh anggota keluarganya sahaja. “Dulu Nik Aziz kata PAS adalah Parti Asri Sekeluarga ( bekas Presiden PAS). Kini dah jadi Parti Aziz Sekeluarga.
“Tiada pemimpin PAS termasuk Husam tampil bela Nik Aziz kerana kepentingan keluarganya mengatasi kepentingan parti,”katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan