1/19/2010

LEBIH 60% ANAK MELAYU TIDAK DAFTAR MENGUNDI - HAH ????

Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi Isnin.

Bernama meelaporkan sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

UMNO Cawangan Gombak Selatan mengajak kesemua Cawangan-Cawangan UMNO dan BN di Malaysia untuk sama-sama kita berkempen bermula dari sekarang. Ayuh kita ajak mereka berdaftar SPR untuk memastikan mereka mengundi kita pada PRU 13.


2 ulasan:

10 BUDAK HITAM berkata...

Salam,

Drp artikel ini,nampaknya bukan bumiputra telah ramai yang buka mata. Wah..ini satu petanda tidak sihat!

Dimanakah melayu2 kita di Malaysia ni?Semua lalai merempit?lalai melepak? Itulah masalah melayu. Melayu masih cuai dan lena dibuai mimpi indah.

Namun bila tiba tikanya nanti,apabila anak cucu kita dihambat bangsa lain di muka kita sendiri,tika itu bercurahan air mata darah sekalipun tak guna.

kdmosya berkata...

kesedaran perlu diterapkan kepada generasi muda tentang pentingnya kuasa mereka sebagai pengundi.

mereka kurang peka sebab alpa dgn kemewahan dan lalai dgn hiburan tanpa memikirkan nasib bangsa sendiri.

gerakkan jentera daftar pengundi dgn lebih giat! beza 1 undi boleh membawa pelbagai implikasi!