1/26/2010

ZAID IBRAHIM FIRAUN KECIL - ZULKIFLI NORDIN

Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin menyifatkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Zaid Ibrahim sebagai Firaun Kecil yang mempertikaikan pendiriannya berhubung dengan kalimah Allah.

Sehubungan itu beliau menegaskan, jika sampai kepada peringkat beliau perlu keluar parti dalam mempertahankan kalimah suci Allah, beliau sedia berbuat demikian.

“Mereka ini bagi saya adalah Firaun Kecil . Dalam Isu Islam tidak ada kompromi apatah lagi soal kalimah Allah membabitkan soal akidah. Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta saya menarik balik laporan polis terhadap Khalid Samad kerana menyifatkan ia adalah perbezaan pendapat tetapi saya tegaskan kepadanya, kenyataan Khalid bukan perbezaan pendapat tetapi penghinaan kepada Islam.

“Dalam soal Zaid Ibrahim yang mahu saya dipecat dari parti, saya tidak berminat melayan politikus hinggusan dan opportunis macam dia. Saya hendak bertanya apakah pendirian dia tentang hudud, kerana dulu dia pernah saman kerajaan Kelantan kerana hendak laksanakan hudud. Selepas itu PAS perlu buat pendirian terhadap orang macam ini. Kita hendak tahu sejauh mana PAS boleh berkompromi dengan soal Islam ini,” jelasnya panjang lebar.

Khalid dalam kenyataanya mempersoalkan kenapa Zulkifli menyamannya kerana pendiriannya sama dengan Anwar. Manakala Anwar pula menyifatkan Zulkifli sudah cross the line dan Zaid pula mahukan parti memecat Zulkifli sebagai ahli PKR.

Mengulas mengenai semua perkara itu, Zulkifli berkata, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya walaupun terpaksa meninggalkan parti. Ditanya adakah beliau ada berhubung dengan Anwar, beliau mengakui Anwar ada menghubunginya dan meminta beliau menghormati perbezaan pendapat dan menarik balik laporan polis terhadap Khalid.

“Saya juga hairan kenapa Anwar sebagai seorang yang mempunyai imej Islam yang kuat menyokong Kristian. Kita tahu ada dua pendapat berbeza dalam isu ini, ada ulama luar yang menyifatkan tidak salah agama lain guna kalimah Allah tetapi ulama besar dalam negara tidak bersetuju.

“Saya harapkan Anwar akan mengambil sikap bebas tetapi beliau menyokong pihak Kristian. Tapi itu saya boleh terima sebagai perbezaan pendapat. Tetapi kenyataan Khalid yang menyatakan enakmen Islam Selangor sudah ketinggalan zaman, bagi saya adalah satu penghinaan. Dalam soal kalimah Allah Khalid sudah tidak bertamaddun, keluar batas perbahasan. Dia hina Islam, hina sistem perundangan, hina Sultan, bagi saya dia biadap. Anwar minta saya tarik balik laporan polis, saya kata boleh jika Khalid memohon maaf kepada umat Islam dan kepada Sultan Selangor,” ujarnya panjang lebar.


4 ulasan:

Unknown berkata...

SAUDARA SEPERJUANGAN,

INILAH AKIBATNYA APABILA 'ULAMA KUCING SENAK' = 'KHALID GEREJA' MEMUTARBELIT ISU KALIMAH ALLAH DEMI SECEBIS UNDI KAFIR HARBI.

SANGGUP GUNA SURAH AL IMRAN AYAT 64, SEPOTONG JE ...

AYAT AYAT SETERUSNYA TAK DIGUNAPAKAI LANGSUNG. KALAU DI PAKAI, TERUS TERANG GOLONGAN YANG ADA SEKARANG BUKAN GOLONGAN SAMAWI TAPI GOLONGAN NASRANI.

INILAH AKIBAT SECARA TIDAK LANGSUNG MENJADI MUNAFIK DARI PERKATAAN DAN PERBUATAN. KHALID GEREJA MASIH TIDAK SEDAR PERBUATAN BELIAU.

SERUPA JUGA DENGAN ZAID IBRAHIM. SEORANG OPPORTUNIS YANG MEMANG DAH DITOLAK UMNO KELANTAN (BAHAGIAN KOTA BHARU)SENDIRI ...

BELIAU KAYA HASIL DARI URUSAN URUSAN BERKAITAN DENGAN KES KES PENSWASTAAN PIHAK PEMERINTAH DAN LAIN LAIN KEPERLUAN 'CONVEYANCING' KERAJAAN.

POLITIKUS YANG KAYA RAYA HASIL DARI DEB TAPI HENTAM DEB, HENTAM ORANG MELAYU MCM NAK GILA !!!

BUAT SAUDARA ZULKIFLI NORDIN ...

KELUAR SECEPAT MUNGKIN DARI PARTI KHINZIR RAKYAT DAN MASUKLAH UMNO ATAU JADI CALON BEBAS ...

SAUDARA PUN TAHU PERANGAI 'AL JUBURI' ...

JANGANLAH DITUNGGU, TAKUT NANTI DI 'JUBURI' OLEH 'AL JUBURI'

- WASALAM -

atiefs berkata...

dalam isu ini, ayuh kita sokong YB Zulkifli Noordin.. bersatu dari bawah atas dasar agama.. letakkan kepentingan politik dan peribadi di tepi (sekurang-kurangnya untuk seketika).. Ummah Islam di Malaysia memerlukan kekuatan dari anda..

Quantum Metal Consultant berkata...

Apapun yang terjadi di seberang sana (kuman) jangan pula sampai UMNO tak nampak dirinya sendiri (gajah).

UMNO perlu menang dan bangkit bukan atas kelemahan pihak lain tetapi atas kekuatan sendiri, gagah dan dilihat gagah memperjuangkan hak Melayu dan Islam.

Setakat kepimpinan Najib hari ini - jawapannya masih hambar...

Tanpa Nama berkata...

ini sudah jelas, melayu memperalatkan melayu. Bila lagi melayu Pakatan Rakyat nak sedar? mampukah Pakatan Rakyat membela islam negara ini kalau semuanya hendak dikongsi dan disamaratakan? habis hancur segala usaha pejuang-pejuang negara kita. malang sekali Malaysia mempunyai warganegara pengkhianat seperti Anwar.