Sepertimana yang kita sedia maklum beberapa Ahli Parlimen dari PKR telah keluar dari parti kesayangan mereka dek kerana berang dengan sikap Anwar yang semakin menjadi-jadi. Nama-nama seperti Datuk Seri Zahrain yang dahulunya digelar jaguh PKR merasakan Anwar Ibrahim sebenarnya mempunyai agenda jahat dan peribadi (baru nak sedar..... hmmm).
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula dibuang terus dari PKR kerana mempertahankan kalimah Allah. Siapa sangka, individu yang berjuang mati-matian semasa Anwar dipecat dari kerajaan dan menghadapi tuduhan liwat 11 tahun dahulu akhirnya dibuang begitu sahaja. YB Zul sedar,inilah perjuangan PKR... Kalau sedar awal-awal dulu kan bagus?
Dan YB Zul telah membongkang terdapat Firaun-Firaun kecil dalam PKR berpakat untuk menguasai parti dan membuang sisa-sisa lama di dalam parti ini. Tergelak besar dibuatnya kerana dahulu mereka juga yang menggelar Bekas Presiden UMNO, Tun Mahathir sebagai Mahafiraun. Alih-alih, pemimpin mereka sekarang pula digelar firaun. Hahahahaa... Nama yang sinonim dengan gelaran Firaun Kecil termasuklah calon PRK Hulu Selangor,Datuk Zaid Ibrahim.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang pernah kami gelarkan Mr.Political Badut satu ketika dahulu pun semacam tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Beliau juga anti Zaid Ibrahim dan menggelar orang-orang seperti ini sebagai Little Napoleons.. Pulak. Baru nak tersentak ke YB? Dulu punya cium mulut dengan Anwar?
Choo Keong juga telah membuat kenyataan tidak bersetuju dengan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon PRK Hulu Selangor mewakili PKR. Nak buat macam mana YB., orang ini sekarang kesayangan Anwar. Yang dulu-dulu semua sudah kena buang.
Kira Zaid Ibrahim ini telah berjaya membuang dan akan terus membuang bekas-bekas pejuang reformasi yang dahulunya bertarung nyawa membela Sang Anwar Ibrahim.
Macam-macam ragam PKR sekarang ini. Apa yang dituduh UMNO, difitnah UMNO kini kena batang hidung sendiri. Inilah balasannya. Allah Maha Berkuasa.
Tapi apa-apapun, jentera BN jangan tidur lena. Kita ada tanggungjawab dan amanah yang mesti kena laksanakan. Perkuatkan jentera kita bagi menghadapi PRK Hulu Selangor. Calon telah dipilih. Tugas kita kini hanya perlu pastikan pengundi memilih kita. Kerana kita adalah Juara Rakyat yang sebenar.
2 ulasan:
Harakahdaily hentam Zaid Ibrahim. baca di sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/harakahdaily-hentam-zaid-ibrahim-calon.html
Bro, Zaid adalah sebagai penggali kubur kepada PKR di Hulu Selangor.... lihatlah nanti...
Catat Ulasan