
Dengan rasa terharunya, Najib menceritakan bagaimana veteran UMNO itu yang berada di sisinya itu datang ke majlis sambutan ulangtahun UMNO dengan menaikki bas dan pulang ke kampung halamannya pada malam ini juga selepas majlis tersebut.

“Saya tanya dia pulak, bila balik ? Dia kata, lepas majlis ini saya akan balik naik bas juga dan sampai waktu Subuh di tempat saya”
Najib seterusnya berkata, “saya berasa terharu amat sangat bila saya melihat pada air muka pejuang veteran UMNO ini, yang mana kalau nak kata dia hendak sesuatu, dah terlambat untuk dia minta sesuatu, kalau nak jadi sudah pun tak jadi…tetapi bila saya tanya kenapa dia berada di sini, kenapa dia datang naik bas.Dia kata, saya datang semata-mata kerana saya sayang pada parti ini”.
Berlandaskan pada dialognya bersama pejuang veteran UMNO itu, Najib menganggap parti UMNO akan jadi sebuah parti yang dihormati dan disegani sekiranya semangat yang ada pada pejuang veteran UMNO itu ada pada setiap ahli samada yang lama atau baru, generasi angkatan 46 atau angkataN muda hari.
Beliau meminta ahli-ahli UMNO menjadikan contoh pejuang tersebut kerana sikapnya yang sayangkan pada parti UMNO.

Najib turut mengingatkan ahli parti bahawa walaupun kini sokongan kepada parti agak meningkat khususnya di kalangan orang Melayu, namun anggota parti tidak boleh menjadikan UMNO dilihat hanya memperjuangkan kelompok tertentu sahaja.
Sebaliknya, beliau berkata UMNO mesti berpaksi kepada kepentingan rakyat jelata yang merupakan kunci kejayaan sesebuah parti politik.
Najib turut mengulangi ingatannya kepada ahli UMNO terhadap punca kejatuhan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang tumbang di tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) selepas 54 tahun memerintah Jepun.


Najib yang menyifatkan sambutan tahun ini lebih meriah berbanding sebelum ini, berkata: "Mungkin kepada kita semua, mood dalam UMNO hari ini bertambah, lebih berkeyakinan akan masa depan parti.
"Sekurang-kurangnya kalau kayu pengukurnya pada dua pilihan raya kecil lepas (Bagan Pinang dan Hulu Selangor) jelas menunjukkan orang Melayu, walaupun mungkin tidak semua, sudah kembali kepada UMNO.


Beliau menyerahkan Jalur Gemilang dan bendera UMNO kepada ketua ekspedisi Nahrawi Marzoki.
Najib kemudian bersama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, anggota Majlis Tertinggi dan pemimpin pelbagai peringkat menunaikan solat Maghrib, membaca surah Yassin, bertahlil dan berdoa selamat untuk arwah pemimpin UMNO yang diketuai oleh bekas Mufti Johor Datuk Noh Gadot.
Manakala sembahyang Isyak diimamkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Najib seterusnya ke Dewan Merdeka untuk majlis menaikkan bendera UMNO dan memotong pulut kuning.

Kelihatan hadir sama di majlis tersebut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Tun Dr Siti Hasmah, Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin-pemimpin parti komponen seperti Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden PPP Datuk M. Kaevyeas dan beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional Sabah dan Sarawak.
(Sumber : Agendadaily)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan