3/08/2009

Perhimpunan Aman PPSMI : Dari Perhimpunan menjadi Demonstari Jalanan anjuran PAS dan PKR


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, percaya kekecohan yang berlaku pada perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sini semalam disebabkan ada campur tangan parti politik.

Beliau kesal kerana penyokong Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) berdegil dan mengingkari arahan polis, menyebabkan tindakan tegas terpaksa diambil.

Berikutan itu, polis menahan lapan lelaki manakala 119 lagi diperiksa kerana bertindak agresif serta menyertai perhimpunan haram dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 dan Seksyen 341/353 Kanun Keseksaan.


"Saya percaya kejadian ini (pertembungan antara penyokong GMP dan polis) didalangi parti politik tertentu.

"Mereka (GMP) berjanji untuk hanya berkumpul di perkarangan Masjid Negara dan tidak mengadakan demonstrasi atau perarakan, namun jelas mereka tidak menepati janji yang dipersetujui," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Polis sebelum ini memberi kebenaran kepada kumpulan itu berkumpul secara aman di perkarangan Masjid Negara dengan hanya tujuh wakil termasuk Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dibenarkan menghantar memorandum ke Istana Negara.

Namun keadaan bertukar kecoh dan menjadi tegang selepas penyokong GMP mula berarak mengiringi wakil gerakan itu menghantar memorandum bantahan ke Istana Negara, walaupun dihalang pasukan polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Tinjauan mendapati antara yang menyertai perarakan itu ialah sekumpulan pemuda memakai pakaian Unit Amal Malaysia daripada Pas.

Difahamkan, beberapa pemimpin pembangkang turut kelihatan termasuk Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Memorandum bantahan itu antara lain menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong yang PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 adalah satu keputusan yang silap dan perlu dikembalikan kepada bahasa ibunda.

Berita Harian, 8 Mac 2009

3/06/2009

Isu PPSMI : Tergadaikah Masa Depan Bahasa Melayu?


Apabila diperbincangkan mengenai Penggunaan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris,terdapat beberapa pihak yang bersetuju dan tidak kurangnya yang membantah.

Kita menghormati sebarang pendirian dari masyarakat. Masyarakat berhak memilih keputusan yang bijak. Persoalan yang timbul, adakah tergadai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan hanya kerana 2 matapelajaran ini (Sains dan Matematik) di ajar dalam Bahasa Inggeris.? Perlukah sehingga diadakan 1 perhimpunan gergasi untuk membantah perlaksanaan ini diteruskan?


Kenapa pula tidak dibantah penggunaan Bahasa Inggeris di IPT - IPT di Malaysia? Rasa-rasanya bukan sekadar pembelajaran Sains dan Matematik, malah hampir kesemua pembelajaran dan rujukan bagi subjek di IPT-IPT tempatan menggunakan Bahasa Inggeris. UiTM sebagai simbol Universiti yang mejoritinya orang Melayu, menggunakan Bahasa Inggeris sebagai asas pembelajaran,kenapa pula tidak dibantah? Pelik...


Kita lihat dari sudut positif, Sains dan Matematik memberi galakan kepada anak-anak Malaysia untuk mendalami ilmu dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk mereka mendalami ilmu tersebut di peringkat IPT tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Adakah ia salah? Adakah salah jika kita mendidik mereka mempelajari 2 subjek penting ini dalam Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk ke alam IPT? Inilah yang diperjuangkan Kerajaan Malaysia.


Pelajar-pelajar IPT juga menggunakan buku-buku antarabangsa sebagai rujukan untuk pembelajaran bidang Sains dan subjek-subjek lain yang sememangnya menggunakan Bahasa Inggeris. Jika mereka tidak di didik dari peringkat sekolah, bagaimana generasi masa depan akan memahami apa yang mereka pelajari dalam bidang Sains dan Matematik di peringkat IPT?

Dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat membantu pelajar memahami bidang Sains di peringkat global dan insyaallah, di masa akan datang mereka dapat menterjemah beberapa buku-buku Sains antarabangsa dalam bentuk versi Bahasa Melayu.


Berfikirlah secara rasional, bukan bertindak atas desakan atau perasaan. Di peringkat sekolah, pembelajaran Bahasa Melayu ditekankan sedalam-dalamnya malah diselitkan beberapa bahagian sastera seperti Sajak, Novel, Syair dan lain-lain. Persoalannya sekarang, ramaikah pelajar Melayu yang mendapat A atau 1A dalam pelajaran Bahasa Melayu? Inilah isu yang sewajarnya Sasterawan perjuangkan. Bagaimana cara untuk memperkasa subjek Bahasa Melayu di sekolah - sekolah mahupun IPT - IPT. Bagaimana untuk menarik minat pelajar meminati sastera-sastera Melayu yang dipelajari di sekolah.


Kepada pihak pembangkang, janganlah mengambil kesempatan di atas isu ini untuk kepentingan anda. Selesaikan masalah di negeri-negeri pemerintahan anda yang semakin hari semakin kusut dan kacau bilau. Jagalah Exco-Exco anda terlebih dahulu. Ajar mereka menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Jangan 'celaka' disebut pula 'cilaka'.


Buat pembaca, renung-renungkanlah. Jangan kita bertindak atas desakan orang lain. Banyak lagi perkara yang mesti kita perjuangkan. Masalah gejala sosial, pukul pelajar dan banyak lagi. Ini yang sewajarnya diperjuangkan oleh kita. Ia bukan sahaja merosakkan bahasa, malah bangsa itu sendiri.

Jangan kelirukan pandangan anak-anak kita dengan perjuangkan perkara yang mereka sendiri tidak merasakan ia adalah satu isu besar. Mereka juga yang akan rugi di kemudian hari. Tidak salah jika anda membantah, tetapi bertindaklah mengikut saluran yang lebih sihat dan betul. Bukan dengan cara berhimpun memalukan Negara.

3/04/2009

Pakatan Perak bersidang di bawah pokok - Bak kata P.Ramlee Kerajaan Pasir Dua Butir

Nampaknya drama Pakatan di negeri Perak semakin menjadi-jadi. Pelik tapi benar. Sidang DUN Pembangkang Perak diadakan di bawah pokok. Heh?

Tak mengapalah, bagi mereka, di mana-mana sahaja boleh. Asalkan, kerajaan BN ditumbangkan semula. Terdesak sampai buat bawah pokok.

Bagi yang anda yang mengikuti perkembangan ini, tepuk dada, tanya selera. Jangan pula tiba-tiba muncul kerajaan baru, Kerajaan Pasir Dua Butir...

3/03/2009

Mat Sabu pernah kata : 'Anwar Lebih Ganas Dari Mahathir'


Mat Sabu pernah kata
"Anwar Cukup Pandai Menggunakan Agama."
"Saya lebih rela jika Anwar tak jadi PM."
"Suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat."

Sekarang? Apa cerita Mat Sabu. Sekejap percaya, sekejap tak percaya.
Dulu kata main agama. Sekarang?

Kepada anda, sila baca. Lepas tu, tepuk dada, tanya hati.
Tolong baca artikal itu dengan jelas. Hanya klik pada
artikal tersebut untuk besarkannya.

3/02/2009

Peralihan Kuasa Tetap Diteruskan - Pak Lah tetap dikenang,Najib teruskan perjuangan.



UMNO Cawangan Gombak Selatan memuji tindakan Presiden UMNO, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tetap akan meneruskan peralihan kuasa selepas Perhimpunan Agung UMNO Mac ini. Kita sememangnya ketahui bahawa peralihan kuasa ini telah dipersetujui oleh semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO.


Pak Lah, kepimpinan anda tetap kami sanjung dan kenang sampai bila-bila. Kami di UMNO Cawangan Gombak Selatan berharap agar peralihan kuasa akan memberi satu semangat baru dalam memperkasakan UMNO pada masa hadapan.


Buat Dato' Seri Najib Tun Razak, kami tetap menyokong anda. Pimpinlah UMNO ke arah kemajuan Agama, Bangsa dan Negara. Doa perjuangan dengan penuh keilkhlasan sentiasa kami pohon.


Inilah sewajarnya dititikberatkan di dalam UMNO. Pemimpin datang dan pergi. Namun, perjuangan kita tidak akan berubah. UMNO... Dulu, kini dan selamanya.