
PAO
KENAPA PULAK NI???
DENGAR CERITA TENSION DENGAN SOKONGAN BEBERAPA PEMIMPIN YANG INGIN MENGKAJI SEMULA ISU PERPADUAN PAS - UMNO..
ADOI... CELAKO CELAKO CELAKO.. HEHEHEE
BAWA BETENANG POK NIK...
MAKLUMAT LANJUT???
KLIK SINI

PKR di Selangor pula gila pasir dengan aktiviti perlombongan yang boleh menyebabkan negeri itu ‘berlubang’ kalau kegiatan itu tidak dihentikan. Manakala PAS di Kelantan pula kata Ibrahim gila balak hingga menyebabkan hasil hutan itu dikeluarkan tanpa kawalan demi mengenyangkan perut kroni-kroni pemimpin PAS di negeri itu. Menurut Ibrahim, DAP, PKR dan PAS sudah jadi mambang – Mambang Tanah, Mambang Pasir dan Mambang Balak.
Katanya, beliau juga baru mengetahui bahawa terdapat pihak yang hanya menjadi ejen bagi mendapatkan lesen pasir. Biar betul Khalid. Mustahil sebagai Menteri Besar tidak tahu aktiviti pelombongan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang di perbadankan di bawah pejabatnya?
Cara macam mana, kena tunggu permainan politik Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim. Satu lagi perangai Khalid nak tutup kelemahan beliau adalah untuk mendedahkan apa pernah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah dahulu.
Di zaman kerajaan Pakatan Pembangkang, Exco bertanggungjawab Yaakob Safari dikatakan hanya duduk di pejabat memanaskan kerusi. Bagi rakyat Selangor, jika sebelum ini mereka pilih pakatan rakyat untuk cubaan kini semuanya sudah jadi betul-betul. Tepuk dada tanya selera kerana Pakatan Rakyat kini sudah bertukar jadi Mambang Pasir.
Seorang bekas pemimpin PAS kawasan yang enggan ditulis namanya pernah menggambarkan PAS macam simbol parti itu, bulan. Bulan kalau dari jauh memang nampak cantik tetapi kalau dilihat dari dekat dan pada permukaannya, penuh dengan macam-macam – macam muka penuh jerawat , katanya. Ditanya kenapa beliau tinggal parti itu sedangkan beliau pernah jadi pemimpin termasuk dalam Pemudanya, bekas pemimpin PAS itu mengulangi cerita bulan itu lagi.
Menurutnya, PAS kini bukan lagi memperjuang atau mempertahankan Islam sebaliknya rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP. Walaupun bukan semua begitu tetapi selagi ada Mursyidul Am, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS sedang bergerak sebagai parti yang menuju kehancuran dan akan hilang kepercayaan dikalangan orang Melayu beragama Islam di negara ini.
Seperti kata bekas pemimpin PAS tadi, ada masanya PAS menghalalkan apa saja yang bawa manfaat kepada mereka begitu juga nampaknya dengan Nik Aziz Beliau sengaja lupa sifat bantu membantu sesama manusia sesuatu yang dituntut.
Jelaslah, orang Melayu khususnya UMNO tidak dianggap saudara oleh Nik Aziz melainkan Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang diagung-agungkan beliau sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Benarlah kata bekas pemimpin PAS tadi dan betullah tindakannya meninggalkan parti itu kerana bulan memang nampak cantik dari jauh tetapi hodoh dari dekat..jpg)
