2/09/2009

Hormati Perlembagaan Negara,Keputusan Raja - Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju



Ketua UMNO Bhg Wangsa Maju,Datuk Mohd Shafei Abdullah berkata tindakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Perak tidak mencerminkan beliau seorang pemimpin yang tulen.

Menurutnya, Nizar sepatutnya melepaskan jawatan tersebut dan berundur diri dengan cara terhormat, bukannya mencabar Perlembagaan Negara dan Insititusi Raja. Beliau turut yakin peristiwa di Perak turut akan berlaku di Kedah dan Selangor kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sudah tidak mampu membendung masalah yang dihadapi mereka.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini begitu yakin akan memerintah kerajaan tetapi strateginya kini memakan diri apabila ada wakil rakyat yang keluar parti dan menyokong BN pula". Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina si Seksyen 2 Wangsa Maju anjuran Parti PPP Wangsa Maju di sini kelmarin.Beliau juga yakin dengan pemerintahan BN di Perak,pelbagai usaha dapat dilakukan demi kebaikan rakyat di negeri itu yang telah diabaikan oleh PR selama ini.

Sumber : Sinar Harian

1 ulasan:

azlishukri berkata...

bila peguam negara nak keluarkan kenyataan.