2/25/2009

Konsep Ketuaan Rakyat : Republik?


Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini gempar apabila Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah mencadangkan agar perlantikan Perdana Menteri Malaysia diberikan kuasa sepenuhnya kepada rakyat. Dalam erti kata lain tanpa kuasa Yang Di Pertuan Agong.

Sekali di dengar, konsep ini sama seperti Negara-Negara Republik seperti Indonesia, Singapura malah Amerika Syarikat. Adakah sistem ini sewajarnya dilaksanakan di Malaysia?


Kita lihat contoh di Indonesia. Apabila kuasa Sultan tiada, apa telah berlaku di negara tersebut? Keadaan politik dan ekonomi mereka amat teruk dan huru hara. Presiden bertukar ganti. Apa yang baiknya sistem sedemikian?


Memang benar, kuasa rakyat amat penting. Kerana itu, kita adakan pilihanraya, agar rakyat boleh memilih pemimpin dan parti yang sewajarnya memerintah negara kita. Namun begitu, untuk melantik seorang Perdana Menteri, penelitian sedalam-dalamnya amatlah perlu. Kerana itu, Kuasa Raja amatlah perlu bagi meneliti barisan Kabinet yang dilantik untuk diluluskan. Kita memegang kuasa Raja berpelembagaan. Kuasa Raja perlu tetapi dengan kawalan perlembagaan. Amat cantik sistem perundangan Negara kita. Kenapa hendak ditukar?

Pada pandangan DAP dengan menggunakan kuasa rakyat untuk melantik Perdana Menteri, maka rakyat akan memilih Anwar Ibrahim. Menggelupur Karpal Singh.


Kepada Gobind Singh Deo a/l Karpal Singh khasnya,kami tahu idola kamu adalah ayah kamu. Tetapi, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kamu tunggulah impian 16 September yang Anwar rancang itu berjaya. Bak kata P.Ramlee, "Tunggu punya tunggu punya tunggu,bulan tak timbul-timbul".

Tiada ulasan: