2/25/2009

"Ini Pemuda UMNO celaka" - Uncle Karpal Yang Gila


Tuduhan Pengerusi DAP, Karpal Singh or 'Uncle Karpal' yang mendakwa orang yang menghantar peluru kepadanya adalah di kalangan Pemuda UMNO tan
pa sebarang bukti menunjukkan sikap kurang ajarnya di Parlimen.

Setelah itu, dicarutnya dengan perkataan 'Celaka' kepada pihak Pemuda UMNO. Cara beliau berhujah sememangnya seperti golongan yang sudah nyanyuk. Jika benar Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya, serahkan bukti kepada polis. Tidak perlu membela diri di Parlimen dan menuduh tanpa sebarang bukti. Karpal Singh sememangnya sudah melampau.


Yang peliknya, ramai pula Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyokong 'Uncle' mereka. Sokong apa ni? Ahli - ahli Parlimen PAS pun menjerit di Dewan Rakyat. Tak tahu malu ke? Orang ini tidak merestui dan anti perjuangan PAS sejak dari dulu lagi. Begitu sensitif apabila disebut mana-mana parti yang ada menyebut nama ISLAM. Sedarlah wahai YB PAS.


YB-YB dari PKR pun tidak kurang hebatnya terjerit - jerit menghentam YB - YB Barisan Nasional menyokong kenyataan 'Uncle' mereka. Orang ini yang menghentam De facto kamu, dikatanya Anwar tidak layak memimpin Pakatan, moral rendah dan sebagainya tetapi sebab BN punya pasal,di sokong juga 'Uncle Karpal'.


Sebelum ini, Sultan dibuatnya seperti tiada simbol dalam Negara kita. Di cabarnya kedaulatan Sultan sehinggakan hendak menyaman Sultan Perak. Memang Sultan merupakan manusia biasa dan tindakan Karpal Singh tidak salah di sisi undang-undang seperti yang termaktub dalam Mahkamah Khas, tetapi di mana tatasusila kamu sebagai rakyat Malaysia yang mengangkat Sultan sebagai Ketua Negara? Anda tidak menghormati sensitiviti kaum Melayu di Malaysia. Anda menunjukkan sikap biadap anda kepada anak cucu yang akan menjadi generasi kita di masa akan datang.



Inilah Pakatan Rakyat... Sanggup melakukan apa sahaja dan mengenepikan ideologi dan perjuangan parti masing-masing demi menawan Malaysia. Hudud pun sanggup diketepikan dahulu demi bersama barisan kepimpinan 'Uncle Karpal'.


UMNO Cawangan Gombak Selatan mengutuk sebarang perkara yang menjatuhkan perjuangan, maruah parti kami,UMNO, yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara. Ingatlah, anda berada di tempat yang salah. Kembalilah bersama kami di dalam UMNO.

5 ulasan:

red rooster berkata...

... geram maksima dengark Karpal dok kata Pemuda Umno 'celaka'!!! Apa tindakan Pemuda???

BUDAK CAWANGAN berkata...

tima kasih.. Sama-sama kita pastikan Umno terus gagah.. Inshaalah kita berjumpa di persidangan UMNO Nanti

Tanpa Nama berkata...

baru kena celaka dari karpal singh,, now rakyat kasi celaka kat umno kamu tak sedar... wooiii sedar lahh umno ni dah tak laku kat gombak... org menyampah adalahh...

amk gombak

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Assalamualaikum AMK Gombak...

Kamu mahu bela Karpal Singh? Bela lah... Kamu akan tahu nasib Agama dan Bangsa kamu apabila kamu bersama dengan org gila ini..

KETUA UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU