2/20/2009

MB Selangor akan dihadapkan ke mahkamah? Panas.. Sepanas Lembu Jantan..



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah mendapati ada bukti kukuh untuk membawanya ke muka pengadilan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ketika memaklumkan perkara itu berkata, Khalid akan didakwa berhubung dengan salah guna kuasa yang membabitkan penyelenggaan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban.

Menurut beliau, kertas siasatan mengenai perkara berkenaan telah pun siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut dalam waktu yang terdekat.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita di Pulau Pinang, hari Jumaat.

Isu penyalahgunaan kuasa yang membabitkan Abdul Khalid dilaporkan kepada SPRM oleh Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) sejak Januari lalu.



Pada 21 Januari lalu, GERAK membuat laporan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid atas dakwaan menyalahgunakan dana syarikat kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu dengan harga RM110,400 untuk ibadah korban sempena Aidiladha pada Disember 2008. Haiwan itu kemudiannya diagihkan ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakilinya.

Manakala isu penyelenggaraan kereta mewah peribadi Abdul Khalid pula dilaporkan oleh GERAK pada pada 3 Februari apabila menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Abdul Khalid.

----------------



Isu kereta MB: SPRM panggil 5 pegawai Khalid

Sekurang-kurangnya lima pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar Selangor dipanggil dan disiasat Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selasa dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan salahguna kuasa dan wang awam bagi kepentingan peribadi membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Difahamkan, antara dipanggil SPRM adalah Ketua Setiausaha Sulit kepada Khalid, pegawai tugas khas, pemandu serta kerani di pejabat Menteri Besar itu.

Sumber berkata, mereka mungkin memberi keterangan selepas Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) membuat aduan kepada SPRM bagi menyiasat menyiasat berkaitan amalan Menteri Besar menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pembelian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadinya.



GERAK pada 3 Februari lalu menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Abdul Khalid.

Ketika membuat laporan itu, Pengerusi GERAK Mohd Nazree Mohd Yunos mendakwa bahan bukti yang diterima menunjukkan kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM7,797 bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta Abdul Khalid itu secara berkala, alat ganti termasuk tayar berjenama Michelin dan pemasangan cermin gelap.

Kerajaan Selangor pada awal Januari lalu membeli 15 kereta Toyota Camry 2.4 bernilai lebih RM2.3 juta sebagai kenderaan rasmi menggantikan Proton Perdana Eksekutif.

Difahamkan, sejak dilantik Menteri Besar, Abdul Khalid tidak menggunakan kenderaan rasmi yang disediakan termasuk Toyota Camry yang baru.

Beliau menggunakan kenderaan Toyota Lexus miliknya sendiri manakala sebuah kereta rasmi kerajaan negeri hanya sebagai kereta pengiring yang membawa anggota polis pengiring peribadi

3 ulasan:

Ali Abdullah berkata...

Salam Ziarah,

Tahniah di atas penubuhan laman blog baru Umno Cawangan Gombak Selatan.

Kami di BPN (Bloggers Pembela Negara) amat mengalu-alukan sebarang maklumat untuk disebarkan dan dimanfaatkan oleh kumpulan kami terutama daripada cawangan Umno sendiri.

Silalah ke laman blog rasmi kami di
http://parlimenbpn.blogspot.com/

Atau

Laman Blog YDP BPN kami iaitu Panglima Perang Cyber di
http://penembak-tepat.blogspot.com/

Sebarang persoalan tentang aktiviti dan maklumat kumpulan BPN boleh diperolehi berpandukan link di atas.

Wassalam

uncle nano berkata...

salam
teruskan perjuangan bersama UMNO..jgn jadi manusia yang mudah digodek..

zelmey berkata...

Tahniah juga dari saya di atas pembukaan blog ini. Kita harus sedar dan terima blog merupakan salah satu medium yang berkesan untuk penyebaran maklumat sama ada benar atau fitnah.

Pandai-pandailah, apa yang harus dilakukan untuk kebaikan.

Sekarang ini barulah MB Selangor tau.. bila jadi kerajaan dan orang lain jadi pembangkang. Dulu mereka kaki hentam.. sekarang orang lain pula hentam dia ..

Yang benar tetap akan benar..

Kepada orang-orang Melayu .. tak reti-reti untuk ambil iktibar...

Jadikan apa yang telah berlaku sebagai pedoman demi kepentingan waris akan datang.