3/06/2009

Isu PPSMI : Tergadaikah Masa Depan Bahasa Melayu?


Apabila diperbincangkan mengenai Penggunaan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris,terdapat beberapa pihak yang bersetuju dan tidak kurangnya yang membantah.

Kita menghormati sebarang pendirian dari masyarakat. Masyarakat berhak memilih keputusan yang bijak. Persoalan yang timbul, adakah tergadai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan hanya kerana 2 matapelajaran ini (Sains dan Matematik) di ajar dalam Bahasa Inggeris.? Perlukah sehingga diadakan 1 perhimpunan gergasi untuk membantah perlaksanaan ini diteruskan?


Kenapa pula tidak dibantah penggunaan Bahasa Inggeris di IPT - IPT di Malaysia? Rasa-rasanya bukan sekadar pembelajaran Sains dan Matematik, malah hampir kesemua pembelajaran dan rujukan bagi subjek di IPT-IPT tempatan menggunakan Bahasa Inggeris. UiTM sebagai simbol Universiti yang mejoritinya orang Melayu, menggunakan Bahasa Inggeris sebagai asas pembelajaran,kenapa pula tidak dibantah? Pelik...


Kita lihat dari sudut positif, Sains dan Matematik memberi galakan kepada anak-anak Malaysia untuk mendalami ilmu dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk mereka mendalami ilmu tersebut di peringkat IPT tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Adakah ia salah? Adakah salah jika kita mendidik mereka mempelajari 2 subjek penting ini dalam Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk ke alam IPT? Inilah yang diperjuangkan Kerajaan Malaysia.


Pelajar-pelajar IPT juga menggunakan buku-buku antarabangsa sebagai rujukan untuk pembelajaran bidang Sains dan subjek-subjek lain yang sememangnya menggunakan Bahasa Inggeris. Jika mereka tidak di didik dari peringkat sekolah, bagaimana generasi masa depan akan memahami apa yang mereka pelajari dalam bidang Sains dan Matematik di peringkat IPT?

Dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat membantu pelajar memahami bidang Sains di peringkat global dan insyaallah, di masa akan datang mereka dapat menterjemah beberapa buku-buku Sains antarabangsa dalam bentuk versi Bahasa Melayu.


Berfikirlah secara rasional, bukan bertindak atas desakan atau perasaan. Di peringkat sekolah, pembelajaran Bahasa Melayu ditekankan sedalam-dalamnya malah diselitkan beberapa bahagian sastera seperti Sajak, Novel, Syair dan lain-lain. Persoalannya sekarang, ramaikah pelajar Melayu yang mendapat A atau 1A dalam pelajaran Bahasa Melayu? Inilah isu yang sewajarnya Sasterawan perjuangkan. Bagaimana cara untuk memperkasa subjek Bahasa Melayu di sekolah - sekolah mahupun IPT - IPT. Bagaimana untuk menarik minat pelajar meminati sastera-sastera Melayu yang dipelajari di sekolah.


Kepada pihak pembangkang, janganlah mengambil kesempatan di atas isu ini untuk kepentingan anda. Selesaikan masalah di negeri-negeri pemerintahan anda yang semakin hari semakin kusut dan kacau bilau. Jagalah Exco-Exco anda terlebih dahulu. Ajar mereka menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Jangan 'celaka' disebut pula 'cilaka'.


Buat pembaca, renung-renungkanlah. Jangan kita bertindak atas desakan orang lain. Banyak lagi perkara yang mesti kita perjuangkan. Masalah gejala sosial, pukul pelajar dan banyak lagi. Ini yang sewajarnya diperjuangkan oleh kita. Ia bukan sahaja merosakkan bahasa, malah bangsa itu sendiri.

Jangan kelirukan pandangan anak-anak kita dengan perjuangkan perkara yang mereka sendiri tidak merasakan ia adalah satu isu besar. Mereka juga yang akan rugi di kemudian hari. Tidak salah jika anda membantah, tetapi bertindaklah mengikut saluran yang lebih sihat dan betul. Bukan dengan cara berhimpun memalukan Negara.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

persoalannya mengapa menggunakan bahasa inggeris dlm p&p sains dan matematik? bahasa melayu sudah cukup luas untuk digunakan. bhs. inggeris diprkt. sekolah perlu diperkasakan. tambahan pula penggunaan bahasa inggeris dlm. P&P tidak menitikberatkan tatabahas di dlm bhs inggeris, jadi bagaimana pelajar mampu menguasai bhs inggeris?

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Assalamualaikum. Ini merupakan pandangan peribadi kami. Tidak salah jika ada di kalangan masyarakat yang tidak bersetuju penggunaan Math dan Sains menggunakan Bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah.

Yang menjadi persoalan, perlukah sehingga diadakan 1 Perhimpunan Gergasi? Buat apa kita hendak memalukan Negara dgn mengadakan perhimpunan sebegitu?

Di IPT-IPT, mahasiswa juga diajar dan menggunakan rujukan buku yang berbahasa inggeris. Oleh itu, PPSMI adalah 1 persediaan rapi bagi pelajar sekolah untuk melangkah ke alam IPT. Ia lebih memudahkan pelajar apabila menyambung pelajaran di peringkat yg lebih tinggi kelak.

Adakah menjadi 1 kesilapan? Inilah yg hendak diperjuangkan oleh kerajaan di bwh Kementerian Pelajaran. Bukannya memperlekehkan Bhs Melayu. Kami amat kesal apabila Pakatan Rakyat menggunakan isu ini untuk mengapi-apikan rakyat bahawa Kerajaan seolah-olah tidak menekankan pembelajaran Bahasa Melayu.

Pelajaran Bahasa Melayu di peringkat PMR dan SPM tlh diperkasakan dgn menambah bhg sastera seperti Novel, Syair dan Sajak agar pelajar lbh memahami keistimewaan Bahasa Melayu itu sendiri sbg bahasa Ibunda.

Kami lebih menggalakkan Sasterawan2 memikirkan bagaimana hendak memperkasakan subjek Bahasa Melayu di sekolah. Bgmana hendak menarik minat pelajar agar meminati bidang Sastera Bahasa Melayu di sekolah.

Seperti yang kami katakan, masing-masing ada pendapat. Tetapi, guna saluran yang betul. Bukan memalukan tanah air kita dengan mengadakan Perhimpunan Anti PPSMI.

Dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, jangan ditambahkan beban Kerajaan. Yang rugi adalah kita, rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

SALAM UCGS
SY AMAT BERSETUJU TNTG PPSMI DAN HARUS DITERUSKAN. AHLI2 POLITIK PEMBANGKANG TIDAK SEPATUTNYA MENJADIKAN ISU PPSMI SBG ALAT UTK MENGHENTAM DASAR PENDIDIKAN KERAJAAN YG MENGUTAMAKAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DI IPT ATAU DI SEKOLAH2.

BKN LAH MENJADI SATU DOSA BESAR UTK ANAK2 MUDA MEMPELAJARI BAHASA INGGERIS. SETIAP ILMU YG DIPELAJARI ITU ADA KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAANNYA. ISU INI HARUS LAH DI LIHAT DR SUDUT YG POSITIF. DGN MENEKANKAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS ATAU BAHASA APE SEKALIPUN,SEKURANG-KURANGNYA ITU ADALAH SATU ILMU DUNIA YG AMAT BERGUNA DAN BLH DIPRAKTIKAN OLEH SESIAPA JUGA. TIDAK SEMESTINYA JIKA KITA MEMPELAJARI SESUATU BAHASA MAKA BAHASA IBUNDA KITA AKAN TERABAI.

TIADA SBB UTK KITA MERASA RISAU KRN KERAJAAN AKAN TETAP MEMELIHARA BAHASA IBUNDA YG MENJADI BAHASA RASMI SEPERTI YG TERMAKTUB DLM PERLEMBAGAAN NEGARA. DI SINI KERAJAAN TETAP PERIHATIN DGN MENGAMBIL PANDANGAN DAN CADANGAN ORG RAMAI BERKENAAN ISU TERSEBUT. MALAH TEMPOH YG AGAK LAMA SUDAH DIBERIKAN. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YG DIJALANKN JUGA MENUNJUKKAN HASIL YG POSITIF DAN LEBIH DR JANGKAAN.

SEHARUSNYA ORG RAMAI SUDAH BLH MENILAI SENDIRI AKAN KEJAYAAN YG DIPEROLEHI MELALUI PROGRAM PPSMI YG LAKSANAKAN SEBELUM INI. DIHARAP PELBAGAI PIHAK DPT MEMBUKA MATA DAN MINDA DGN HATI YG TERBUKA. WALLAHUALAM