3/23/2009

PR GILA KUASA ATAU GILA OTAK ? - Tindakan Penyokong Pakatan Menghina Sultan dan Mufti Perak

Angkara siapakah yang mencetak gambar ini? Penyokong Pakatan atau Pemimpin Pakatan?



Jika benar penyokong Pakatan Rakyat yang mencetak gambar ini, kenapa pemimpin Pakatan membiarkannya? Adakah mereka menyokong sekali? Ini bukan lagi gila kuasa atau gila talak, ini dinamakan GILA OTAK.


Sultan dihina, Mufti dicaci, Karpal Singh yang dibela.. Bertikam lidah di parlimen mempertahankan Karpal. Bersama-sama dengan orang ini ke mahkamah untuk membelanya. Membela orang yang menghina Sultan kita.


Anwar Ibrahim, pemimpin berbangsa Melayu dan Islam, tetapi hanya mengimpikan jawatan yang diidamkan, Perdana Menteri Malaysia. Tidak kira apa pun yang berlaku. Tergadai bangsa Melayu, tergadai Agama Islam.. Dia akan tetap mengejar impiannya itu.


Bagaimana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hendak merealisasikan pandangannya untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional? Jika apa yang berlaku seperti gambar di atas tidak diendahkan olehnya. Orang-orang anda bukan sekadar menghina BN, tetapi di caci Sultan dan Mufti. Jika inilah yang berlaku, jangan anda cuba jejakkan kaki anda di kawasan UMNO Cawangan Gombak Selatan untuk sebarkan politik GILA Pakatan Rakyat. Kelak padah menimpa anda.

Bukan bersikap mengikut emosi. Tetapi ini sudah melampau. Dihina Sultan yang merupakan simbol darjat bangsa Melayu. Dicaci Mufti yang merupakan simbol keagungan Agama Islam. Mana perginya pemimpin PAS? Nak bekerjasama dengan kita? Ini buktinya kerjasama kita? Jangan jadi gila. PAS terang-terang menjadi boneka PKR dan DAP.

Wahai rakyat Malaysia, bukalah mata dan minda anda. Masih mahu menyokong orang sebegini? Jika tidak bersetuju dengan sesuatu perkara atau isu sekalipun, jangan pula dihina Sultan dan Mufti kita. INI SUDAH MELAMPAU..

PAKATAN RAKYAT PERLU DIJATUHKAN. BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa pas buat laporan polis tapi umno buat donno?

kah kah kah !
umno .. umno .. jangan nak berlakon la.
ni semua kerja umno.

-mata-

cekodokmasin berkata...

Salam tuan,
Orang berak terkincit tengah jalan tak kan nak mengaku. Baik tuduh oran glain buat sebelum orang lain tuduh kita. Tektik ini selalu digunakan semasa ahli-ahli PKR dalam UMNO dahulu. Jadi tak hairan lah kalau tektik ini digunakan semula. PKR-PKR.. Apa nak jadi.

Tanpa Nama berkata...

sikit2 lapor polis...tu kerja penakut namanya...nak berpolitik tapi macm budak2...come on PAS, be mature.
kalau dah buat kerja bodoh nie siapa nak ngaku ye tak...kalau BN buat keje camnie tak kire UMNO ke dari komponen lain, UMNO gak di salahkan..kalau mika2 dari pihak sana buat, kelakaunya semua lepas tangan...tak ke pengecut namanya...sudah2 la tu..
suwuh pemimpin korang settlekan dulu uncle king punya kes...

moral si eli..

bukit selambau dah lemau jadinyer..

bukit lanjan dah lenjan...

bukit gantang jadi secupak wehh..

sang penderhaka tak sedo diri...

hadi ngan tok goku tak ngam..

sorang tak nak campur sorang nak campor..macam ABC lak...hehehe...

AMK kepala batas kata pemimpin tertinggi k'jaan ng PP korup dan kurap...

budak fairus tetiba berenti...
hmmmm..nak belajo...bodoh bebeno ker dia tu sampai letak jawatan...

ramai gak yg belajo tapi idak le letak jawatan...

nak gelakkan owg...gelakkan owg kao dolu...kah kah kah hahahahaha...

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Jangan bergaduhlah :-)









+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tanpa Nama berkata...

Muka Anwar memang muka gila kuasa.
Tak sedar diri.
Pakatan semakin rapun dan terus rapuh.

Buat penulis blog, syabas dan teruskan perjuangan. Bersatu Bersatu dan terus Bersatu.

Biarkan pembangkang menyerang blog kita. Yang penting kita tahu perjuangan kita perjuangan untuk agama,bangsa fan negara.

Saya bangga dengan penulis blog yang juga Ketua penerangan UMNO Caw. Gombak Selatan,Shamsury Mohd Salleh yang terus menerus memperjuangkan yang hak untuk parti kita yang tercinta.

Sampaikan salam saya buat Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Caw. Anda...

TERUSKAN USAHA ANDA, SHAMSURY...

Tanpa Nama berkata...

Jangan biarkan mereka terus berkuasa. Saya bangga kerana ini merupakan kali pertama saya melihat keberkesanan Ketua Penerangan UMNO dalam menjalankan tanggungjawabnya membuka blog untuk UMNO Cawangan.

SYABAS BUAT SHAMSURY MOHD SALLEH