4/08/2009

BN, BANGKITKAN SEMANGAT JUANG KITA - Teruskan Kerja Kita, Kalah Tak Bermakna Kita Gagal



Kemenangan BN di Batang Ai sedikit sebanyak membuktikan bahawa BN masih kuat di Sarawak. Namun, kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau perlu diterima dengan hati terbuka dan ini tidak bermakna BN gagal dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa peralihan tampuk kepimpinan tidak memberi sebarang kesan terhadap rakyat. Usaha harus dilakukan secara berterusan.

Parti-parti komponen BN di peringkat cawangan, bahagian dan negeri perlu bersatu dan berbincang untuk mengembalikan sokongan masyarakat di kawasan masing-masing.

Kerjasama yang lebih telus dan efektif di kalangan parti-parti komponen haruslah berterusan dan beberapa kelemahan perlu dibincang secara teliti di peringkat cawangan dan bahagian seterusnya dilaporkan ke pihak BN Kebangsaan.

Pengerusi BN, Datuk Sri Najib Tun Razak harus mengadakan perbincangan secara berterusan bersama-sama MCA, MIC dan beberapa parti komponen yang lain bagi mengembalikan kekuatan dan semangat juang di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional.

Semoga kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau menjadi pengajaran dan ikhtibar agar kita terus dapat berjuang untuk membela nasib rakyat Malaysia.

TAHNIAH BUAT BN DI BATANG AI...
TERUSKAN PERJUANGAN...
BANGUNLAH BARISAN NASIONAL...
KENTALKAN SEMANGAT...
JANGAN MUDAH MENGALAH...

1 ulasan:

Pemuda UMNO Jalan Naga berkata...

Salam, kesilapan link telah diperbetulkan di laman Pemuda UMNO Jalan Naga