
PAS yang merupakan parti minoriti di dalam Pakatan Rakyat telah mendakwa bahawa slogan 1 Malaysia samalah seperti iklan Pepsi dan Coca Cola.Nampaknya PAS tidak pernah berpuas hati dan bersyukur dengan hasrat dan plan Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

Mereka mengatakan bahawa lebih 50 tahun BN memerintah tidak pernah mencapai matlamat (Buta mata ke?), adakah matlamat PAS memperjuangkan Kerajaan Islam tercapai?


Begitu juga di Kelantan apabila Husam Musa menjanjikan Hudud dan Qisas akan dilaksanakan apabila Pakatan memerintah Malaysia, DAP melenting. Akhirnya Husam Musa menarik balik kenyataan tersebut.
Adakah konsep Negara Islam yang dilaungkan oleh PAS itu berjaya? Belum laksanakan lagi DAP sudah melenting. Baru cakap soal pengharaman jualan arak DAP sudah melenting. Habis itu, bagaimana hendak melaksanakan Hudud? PAS mengatakan bahawa Pakatan Rakyat parti komponen yang mementingkan perpaduan kaum. Siapa yang bersatu? Sehingga cadangan yang menyentuh isu Islam diperlekeh DAP.
Sewajarnya PAS lebih ke arah memberi cadangan bagaimana usaha untuk melaksanakan konsep 1 Malaysia ini lebih berjaya. Apabila hendak diadakan perjumpaan, PAS pula khuatir, takut DAP dan PKR mengamuk.

Satu Malaysia merupakan satu usaha untuk memperkasa perpaduan rakyat Malaysia. Tetapi hak kaum Bumiputra dan Islam tetap dipertahankan. Namun tidak memperlekehkan usaha agama dan kaum lain jika ianya tidak menyebabkan berlakunya perpecahan kaum di Malaysia.
Jangan takbur memperlekeh usaha Kerajaan Persekutuan. Mari bersama-sama mencapai usaha murni ini, Satu Malaysia. Berilah cadangan membina, bukan menhina konsep ini. Beri cadangan kepada Datuk Seri Najib, kerana beliau bersikap terbuka.
1 ulasan:
kalau dia cakap slogan satu malaysia tu pepsi cola...slogan negar Islam dia tu kickapoo...kick owg lepas tu kapur (tipu)owg..tu keje diowg la..
gie sibuk dengan muktamar kowg la..nasib kowg ntah camnie nanti..nizartoha! gie supply kain kapan keranda kat diowg lak..
Catat Ulasan