4/27/2009

NIK AZIZ Sebenarnya Terima Kerajaan Perpaduan - ANAK NIK AZIZ DAKWA PEMBANTU BAPANYA BELAJAR AGAMA SEKADAR MI CELUP

"Mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga". Itulah kenyataan anak kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh Nik Aziz.



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kerajaan perpaduan dengan syarat BN bersedia memberi jawatan-jawatan penting untuk diterajui parti itu, seperti menteri kewangan dan menteri pendidikan.

“Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.


"Berikan kementerian kewangan dan kementerian pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM (perdana menteri) mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama,” menteri besar Kelantan dipetik berkata dalam blog anaknya Nik Abduh.

Dalam blognya itu, Nik Abduh yang juga timbalan ketua pemuda PAS negeri juga menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


"Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi)," tulis Nik Abduh.

Bagaimanapun, tulisnya, selepas diadakan "pertemuan kurang sepuluh mata" bersama presiden PAS, Nik Aziz tidak lagi menyerang isu tersebut.

"Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya (Nik Aziz)," tulis Nik Abduh.

Menurutnya lagi, 'modus operandi yang sama pernah digunakan oleh pembantu bapanya itu berhubung isu muzakarah atau muqabalah dengan Umno sebelum ini.

"(Bagaimanapun), selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 (kediaman rasmi menteri besar Kelantan) beberapa bulan lalu, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.

"Saya diberitahu dari sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH," tulisnya.



6 ulasan:

fedup berkata...

Aik...mi celup pulaaaakkk..ini bukan ulasan UMNO atau BN tetapi daripada antara orang kuat PAS...

Hah apa lagi yang beriya - iya mengampu team edrogan..jawab! jawab!

Tuduh lagi pihak lain...sekarang apa sudah jadi...bukan mi celup diowg nie..MImang CELUPar.. inilah padahnya..

Mahu ternganga mulut si nizartoha...koyok satu muka dah..

nak nengok apa alasan mi SEGERA diowg lak..

Semangat Perpaduan berkata...

Mee Celup?? Laaa...

PAS skrg da ade 2 ideologi.. Sbb tu la jd cmni..

Hmm... Erdogan tu Mee Segera la tu..

Da la PAS, marilah bersama kami.. Mari kita bekerjasama. Pedulikanlah team Mi Celup ke, Segera ke..

Yg lebih penting, semangat perpaduan Agama.

Buat team Erdogan, kamu masuklah PKR.. Jangan kamu jahamankan PAS..

Siti berkata...

PAS dan PK tak leh jawab kot.. Xde komen pedas dari sorg pun..

Kne tanya team Erdogan kot pe nak jawab..

esk lusa dorg cakap la kita ni fitnah.. Masuk nerakalah, kafir laknat la..

KAMI MAHU ISLAM BERSATU.. Salahke nik aziz sokong Kerajaan Perpaduan?

GOMO berkata...

TEAM EDROGAN ANAK DIDIK ANWAR vs TEAM ULAMAK PAS TULEN EKSLUSIF BUAT PAS http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/ekslusif-pertemuan-kami-dengan-pemimpin.html

Fedup berkata...

masalahnya mereka masih lagi tidak mahu mengaku akan wujudnya perkara ini..asyik - asyik owg lain mahu melagakan mereka.. tengoklah nanti..aku berani jamin..yang atas pagar tu..siapa namanya...demang ke apa..sekarang ini baca artikel ini..cite ngan aku yang apa pulak..
terima kasihlah kerana menjadi salah seorang yang menyokong untuk memecah-belahkan perpaduan antara orang Islam..bagus! syabas!

rahman,ahchong,muniandy berkata...

LIHAT SENDIRI NASIB KETURUNAN KITA DI SELATAN THAI, SELATAN FILIPINA WAIMA DI SINGAPURA NEGARA YANG MAJU DAN LIBERAL ITU. DI MANAKAH KEDUDUKAN ORANG MELAYU? BOLEH MINTAK JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI KAH MEREKA? KITA BUKAN HENDAK MENINDAS BUKAN MELAYU/BUMIPUTERA KITA CUMA HENDAK MENJAGA HAK KITA SEBAGAI PENDUDUK PERIBUMI…..

ALLAH HU AKBAR!!!!!!